This Best Song

Thursday, 31 October 2013

Kemana Hala Tuju HIDUP.




MERENUNG JAUH KE DASAR LAUTAN,
MENCARI JAWAPAN YANG BELUM PASTI,
AKAN KUTURUTI APA KATA HATIKU , 
SUPAYA NANTI DAPAT PUASKAN HATI.

AKAKNKU TURUTI KEMANA LANGKAH KAKIKU,
MUNGKIN ADALAH JALAN YANG TERBAIK BUATKU,
HANYA DOA DAN RESTU YAG KU MAMPU,
AGAR KEPUTUSAN NANTI PENENTU KERJAYAKU.




                                                      BY:NURUL HAFIZAI MAHAZER
                                                                                            ~KAQ NGOH~

Keindahan Ilahi





SAAT MENTARI PANAS MEMANCAR KE DASAR BUMI,
KU MERENUNG JAUH KE DASAR LAUTAN DALAM,
ADAKAH ESOK MASIH ADA SINARNYA UNTUK DIPANCAR,
ATAUPUN ESOK CUMA TINGGAL HARAPAN.

HIDUP TIDAK BOLEH BERPANDUKAN KATA HATI,
LAMA-KELAMAAN MENJAHANAMKAN DIRI SENDIRI,
BERFIKIRLAH SECARA BIJAKSANA NANTI,
AGAR HIDUP BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT NANTI.

APA GUNA KITA BELAJAR TINGGI-TINGGI,
JIKALAU KITA TIDAK TAHU UNTUK MENILAI,
KADANG-KALA KITA ALPA DENGAN SYUARGA DUNIAWI,
SEHINGGAKAN KITA LUPA DI SANA YANG KEKAL ABADI.

BY : Nurul Hafizai Binti Mahazer (BC12160222) 

Sunday, 27 October 2013

Satu Bicara Untuk Kita



Setiap bicara yang di pertuturkan,
Ada cara perlu di perbetulkan,
Setiap kata yang dibahaskan,
Ada nota perlu dikemaskan,

Jika pepatah yang menyatakan,
Harus ada sesuatu kenyataan,
Kerna madah jadi  perbicaraan,
Mampu hanya kita menyuarakan,

Bila percakapan diutarakan,
Timbul pula satu pertanyaan,
Ungkit tentang kesahihan,
Usul pelbagai kata keinginan,

Disini wadah dijadikan sebagai sampingan,
Untuk mengukuh sesuatu yang dibicarakan,
Kelak mampu menjadi pegangan,
Yang kuat dan utuh berjalan seiringan.

Hasil Nukilan : Nurul Ain Kasim (BC12110126)
Isnin_28 Oktober 2013
9.00 AM


PERSIAPAN TERAKHIR UNTUK PERSEMBAHAN KEMPEN SEMARAK BULAN BAHASA ANJURAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA





 University Malaysia Sabah, 26 Oktober 2013. Sempena kempen Semarak Bulan Bahasa anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka pelajar Sekolah Pengajian Seni (SPS) diberi peluang untuk menampilkan persembahan. Kali ini pelajar SPS telah menampilkan perembahan sketsa yang diiringi dengan persembahan sajak, syair, pantun, tarian, teka-teki dan sebagainya. Dengan peluang yang ada ini diterima baik oleh semua pelajar SPS kerana inilah salah satu pengalaman yang baru untuk menunjukkan bakat yang ada dalam di pelajar seni. Persembahan akan berlansung di One Borneo Hypermall dalam jam 7.00 malam, persiapan terakhir yang perlu dilakukan oleh pelajar adalah dari segi mekap pelakon, persiapan props yang akan digunakan dan kostum.
Kami juga memperkemaskan lagi persembahan yang akan pentaskan dahulu bagi menghilangkan kekalutan yang akan berlaku. Walaupun debaran semakin terasa untuk menghilangkan rasa debaran atau gemuruh pelajar-pelajar SPS semua berkumpul untuk mengambil gambar sebagai kenangan dan kami semua menganggap persembahan ini sebagai suka-suka dan bukan menganggap sebagai beban atau tekanan.

Selain itu, pelajar SPS juga telah melaksanakan teka-teki yang menggunakan peribahasa sebagai soalan kepada penonton. Hal ini kerana jarang sekali masyarakat sekarang menggunakan peribahasa dalam percakapan mereka, jadi di sini kami menyemarakkan lagi peribahasa melalui kempen “Semarak Bulan Bahasa”. Meskipun dengan masa yang singkat diberikan pihak Dewan Bahasa dan Pustaka kami semua menerima dengan hati terbuka. Tujuan utama bulan bahasa ini adalah untuk menyemarakkan lagi bahasa kebangsaan dan bahasa ibunda kita.
 (NOR AZAH BT FAUZI, BC12110103)

Siapa Kata Seni Itu Haram?

Universiti Malaysia Sabah, 27 Oktober 2013- "Sekolah Pengajian Seni" merupakan nama bagi sebuah sekolah yang terdapat di Universiti Malaysia Sabah. Nama itu sangat sinonim dan seringkali mengaitkan tentang pelajar-pelajarnya. Sekolah tersebut dikenali sebagai sekolah yang paling sibuk kerana terlalu banyak aktiviti yang dilancarkan oleh pihak sekolah bagi meningkatkan lagi nama sekolah mereka kepada orang ramai. Tetapi, silapnya ada sesetengah pihak telah memandang serong terhadap Sekolah Pengajian Seni (SPS). Ada diantara mereka menghina dan mengutuk pelajar-pelajar SPS dan menyatakan bahawa seni itu adalah haram.

Disini, saya sebagai salah seorang pelajar SPS ingin menyuarakan tentang apa yang diperkatakan oleh sesetengah pihak yang menyatakan "seni itu haram". Untuk pengetahuan anda semua, seni itu tidak haram. Kenapa? Kerana seni adalah satu cara untuk berdakwah. Bukan sahaja cara untuk menyampaikan dakwah, tetapi seni itu dapat mencungkil bakat dan kemahiran seseorang dalam diri mereka.

Seperti yang dapat anda semua lihat pada 26 Oktober 2013 bersamaan hari Ahad, kebanyakan daripada pelajar SPS telah menyertai Anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka melalui Kempen "Semarak Bulan Bahasa" di 1Borneo, Hypermall, Kota Kinabalu Sabah. Mereka mempersembahkan sebuah Sketsa tentang bahasa untuk semua pengunjung yang datang membeli-belah di 1Borneo. Banyak perkara yang baik dapat diambil melalui persembahan Sketsa tersebut. Disitu, pelajar-pelajar SPS berpeluang untuk berkongsi dan menyumbang sedikit pengetahuan tentang kepentingan dan keistimewaan bahasa melayu untuk semua masyarakat yang lahir di bumi Malaysia.
Disediakan oleh : Nurul Ain Binti Kasim (BC12110126)


Sunday, 20 October 2013

Bual Bicara Bersama David Teo



Isnin, 23 September, Forum bersama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Metrowealth International Group (MIG), David Teo yang berlangsung di Dewan Resital, Universiti Malaysia Sabah (UMS) baru-baru ini berjalan lancar dan mendapat sambutan hebat para pelajar UMS serta penggiat seni tempatan.Forum ini merupakan sebahagian daripada usaha Sekolah Pengajian Seni (SPS) dalam menjalin hubungan dengan pelbagai pihak industri kreatif melalui Program Rakan Kerjasama Industri SPS (SPS Industry Partnership Programme).



Menurut David Teo, perbincangan lanjut dengan pihak UMS akan berlangsung di Kuala Lumpur dalam masa terdekat dan kerjasama antara kedua belah pihak akan bermula pada hujung tahun ini.“Pihak MIG melihat SPS sudah matang dan mempunyai pelajar yang ramai. Secara lisan, kita telah menerima kerjasama dengan pihak UMS. Jika kertas kerja cepat disiapkan, kita akan percepatkan kerjasama ini,” ujar beliau.Menurutnya, matlamat kerjasama tersebut juga dilihat mampu menyumbang kepada pembangunan modal insan yang akan melibatkan rakyat Sabah secara menyeluruh.

Terdahulu, Penyelaras Program, Dr. Zairul Anuar Md. Dawam berkata, kerjasama antara pihak SPS dan MIG akan melibatkan pertukaran dan perkongsian kepakaran antara tenaga pensyarah dan pihak industri serta peluang pelajar SPS untuk menjalani latihan industri di MIG.Pada program tersebut, pihak MIG turut menayangkan dua buah filem baharu terbitan mereka, iaitu Adnan Sempit 3 lakonan Shaheizy Sam dan Intan Ladyana, dan filem Paku Pontianak secara percuma.

Disediakan,
Nurul Hafizai Binti Mahazer  (BC12160222)

Sukan Mahasiswa Dan Siswi UMS (MASSA)



Universiti Malaysia Sabah- Sukan Mahasiswa/siswi UMS (MASSA) ialah merupakan aktiviti sukan yang dianjurkan  kepada mahasiswa dan mahasiswi UMS. Aktiviti sukan MASSA ini dianjurkan dalam kampus UMS pada setiap semester dengan tujuan untuk melihat sejauh mana pelajar UMS bergiat aktif dalam bidang selain bidang akademik dan juga untuk pelajar mendapat manfaat. Pelbagai acara sukan yang dianjurkan oleh pihak universiti terutamanya pihak pusat sukan UMS bagi memberi laluan kepada pelajar untuk memilih sukan yang diminati oleh pelajar itu sendiri.
          Tujuan sukan MASSA ini dianjurkan juga ialah bagi mencari bakat baru untuk dipilih menjadi atlet UMS. Pelajar-pelajar yang mempunyai bakat dalam bidang sukan akan dipanggil untuk mengikuti sesi pemilihan untuk menjadi atlet UMS dan mewakili UMS untuk bertanding di peringkat Institut Pengajian Tinggi (IPT) di seluruh Negara.    
          Pelbagai faedah yang dapat diperolehi oleh pelajar itu sendiri apabila terlibat dengan aktiviti yang dianjurkan oleh pihak UMS. Sebagai contoh, pihak Universiti akan memberikan markah penglibatan pelajar melalui MYSDP dan markah yang diberikan ini amat berguna kepada pelajar pada masa akan datang untuk bergraduan. Selain itu, pelajar yang terlibat juga akan diberikan sijil penyertaan sebagai tanda pengahargaan dari pihak Universiti kepada pelajar yang aktif.
          Sebagai Mahasiswa, kita bukan sahaja perlu tumpukan perhatian dari segi akademik, malah aktiviti selain dari bidang akademik juga perlu diberikan perhatian kerana ianya juga penting. Oleh itu, penyertaan dari siswa dan siswi amatlah di alu-alukan untuk memperolehi pelbagai manfaat dalam setiap penglibatan tersebut.

Disediakan oleh,
Muhamad Fakhrie Bin Ismail (BC12110089)