Kolej
Kediaman Sri Angkasa,20 November 2013- Sukan adalah salah satu bentuk aktiviti
fizikal yang sangat baik untuk kesihatan tubuh badan. Aktiviti sukan dapat
melancarkan saluran darah dalam badan manusia. Aktiviti fizikal seperti
bersukan dapat membantu otak menjadi cerdas. Setiap individu memerlukan otak
cerdas untuk berfikir. Contoh aktiviti sukan yang selalu dilakukan oleh
individu ialah bersenam, jogging di taman rekreasi, bermain bola dan
sebagainya.
Bersukan
adalah satu aktiviti yang dapat menyihatkan fizikal dan mental seseorang.
Sebagai seorang pelajar juga, perlu menjaga kesihatan badan dan melakukan
aktiviti bersukan serta mengamalkannya. Hal ini disebabkan, semasa kita
bersukan semua organ kita bergerak cerdas. Pembakaran lemak juga berlaku dalam
badan kerana melakukan aktiviti seperti bermain badminton dan bola tampar.
Peluh yang keluar sewaktu bersukan amat bagus kerana ia akan membuang segala
toksik dalam badan.
Di Kolej Sri Angkasa telah menyediakan beberapa tempat untuk pelajar
yang tinggal di kolej tersebut melakukan aktiviti sukan. Kolej tersebut
merupakan kolej yang baru sahaja siap dibina. Antara aktiviti sukan yang boleh
pelajar lakukan ialah bermain badminton, bola tampar, futsal dan bola sepak.
Pada waktu petang, pelajar lelaki bermain sepak takraw dan juga bola tampar di
tempat yang disediakan. Manakala, waktu malam pelajar lelaki dan perempuan
bermain badminton. Aktiviti seperti itu adalah merupakan salah satu aktiviti
yang mencergaskan badan mereka. Kesihatan pelajar Universiti Malaysia Sabah
(UMS) terjamin kerana adanya kemudahan yang diberikan kepada mereka untuk
mereka melakukan aktiviti sukan. Bersukan amat penting untuk
kesihatan kepada tubuh kita. Bersukan penting bagi menghilangkan rasa tekanan
pelajar universiti yang seringkali menghadapi masalah dalam sesuatu perkara ketika belajar.
Disediakan
oleh : Nurul Ain Binti Kasim(BC12110126)
No comments:
Post a Comment