Universiti
Malaysia Sabah- Sukan Mahasiswa/siswi UMS (MASSA) ialah merupakan aktiviti sukan
yang dianjurkan kepada mahasiswa dan
mahasiswi UMS. Aktiviti sukan MASSA ini dianjurkan dalam kampus UMS pada setiap
semester dengan tujuan untuk melihat sejauh mana pelajar UMS bergiat aktif
dalam bidang selain bidang akademik dan juga untuk pelajar mendapat manfaat. Pelbagai
acara sukan yang dianjurkan oleh pihak universiti terutamanya pihak pusat sukan
UMS bagi memberi laluan kepada pelajar untuk memilih sukan yang diminati oleh
pelajar itu sendiri.
Tujuan sukan MASSA ini dianjurkan juga
ialah bagi mencari bakat baru untuk dipilih menjadi atlet UMS. Pelajar-pelajar
yang mempunyai bakat dalam bidang sukan akan dipanggil untuk mengikuti sesi
pemilihan untuk menjadi atlet UMS dan mewakili UMS untuk bertanding di
peringkat Institut Pengajian Tinggi (IPT) di seluruh Negara.
Pelbagai faedah yang dapat diperolehi oleh
pelajar itu sendiri apabila terlibat dengan aktiviti yang dianjurkan oleh pihak
UMS. Sebagai contoh, pihak Universiti akan memberikan markah penglibatan
pelajar melalui MYSDP dan markah yang diberikan ini amat berguna kepada pelajar
pada masa akan datang untuk bergraduan. Selain itu, pelajar yang terlibat juga
akan diberikan sijil penyertaan sebagai tanda pengahargaan dari pihak
Universiti kepada pelajar yang aktif.
Sebagai Mahasiswa, kita bukan sahaja
perlu tumpukan perhatian dari segi akademik, malah aktiviti selain dari bidang
akademik juga perlu diberikan perhatian kerana ianya juga penting. Oleh itu,
penyertaan dari siswa dan siswi amatlah di alu-alukan untuk memperolehi
pelbagai manfaat dalam setiap penglibatan tersebut.
Disediakan oleh,
Muhamad Fakhrie Bin Ismail (BC12110089)
No comments:
Post a Comment