Sesuatu perkara yang melibatkan kerjasama bukan sahaja dapat
dilakukan di dalam kampus, malah ia juga dapat dilakukan di luar daripada kawasan
UMS untuk membantu masyarakat yang memerlukan bantuan dari golongan muda seperti
pelajar. Setiap aktiviti yang dilakukan bukan sahaja untuk mengeratkan hubungan
antara pelajar, malah ianya juga perlu dilakukan untuk mengeratkan lagi hubungan
dengan masysrakat luar supaya dapat melatih pelajar cara bergaul dengan masyrakat
walaupun di mana sahaja mereka berada.
Contoh aktiviti yang pernah dilakukan oleh pelajar Universiti
Malaysia Sabah (UMS) di luar kampus adalah mengadakan gotong royong kawasan
masjid di Kampong Delima, Kota Kinabalu, Sabah. Aktiviti ini dijalankan oleh persatuan
kokurikulum pengurusan masjid dan jenazah UMS bersama dengan penduduk kampong tersebut.
Tujuan kegiatan ini dilakukan untuk membantu masyarakat luar
dalam menjaga kebersihan kawasan persekitaran di masjid tersebut.
Ini merupakan langkah awal bagi pelajar
dalam mengendalikan sesuatu kerja untuk membantu masyarakat luar supaya mereka dapat
memperolehi pengalaman sebelum berada dalam alam pekerjaan yang lebih mencabar setelah
tamat pengajian nanti.
DISEDIAKAN OLEH: Mohamad Fakhrie Bin Ismail -BC12110089-
No comments:
Post a Comment