This Best Song

Monday, 16 December 2013

KEDINGINAN HATI INI

Hembusan pagi menghirup udara,
Dikala embun menjentik telinga,
Betapa sukar miniti hidup,
Dikala rindu menusuk kalbu.

Kian hari ku rasa sayu,
Mengapa sukar ku hapus minda,
Hantaran cinta antara perjuangan,
Nescaya hati sentiasa debaran.

Cahaya indra memancar pagi,
Raut rupawan melekat dihati,
Rasa sukar dibendung kecewa,
Ingatan cahaya terus melekat.

Minda suci hati bersih,
Setiap keluaran dianggap kasih,
Siapa sangka hati dihiris,
Cuma dipendam dalam hati.

nor azah binti fauzi
bc12110103

MALAM APRESIASI SENI

11 DESEMBER 2013. Malam Apresiasi Seni yang bertempat di Theatreetre Ahmad Nisfu adalah malam pelajar daripada bidang Seni Kreatif menampilkan persembahan. Dimana malam ini semua pelajar dua Penulisan Kreatif 2013 menunjukkan bakat yang selama ini terpendam. Demikian kerana Malam Apresiasi Naskah adalah projek akhir bagi kursus Apresiasi Seni yang mana semua pelajar wajib terlibat. Malam ini juga akan menampilkan 6 kumpulan yang mana setiap kumpulan wajib membuat persembahan dan setiap kumpulan akan menunjukkan kelainan masing-masing. Malam Apresiasi Naskah ini adalah skrip persembahan adalah hasil karya daripada pelajar sendiri. Terdapat juga juri yang akan menilai persembahan pelajar ini iaitu Encik Lokman Abd Samad dan Encik Shahrifuddin Zainal. Hasil daripada 6 kumpulan telah menampilkan lakonan dengan bersajak, syair, pantun, sketsa, nyanyian dan sebagainya. Melalui lakonan yang dilakukan terdapat juga unsur humor dalam lakonan dan dapat menarik minat penonton dan membuat penonton geli hati. Terdapat juga pelajar yang selama ini tidak pernah bersajak dan bersyair telah menunjukkan bakat terpendam mereka. Ini dapat membuktikan bahawa seni bukan hanya untuk hiburan semata-mata terdapat banyak manfaat dan kelebihanya dimana masyarakat diluar sana hanya seni ini haram. Oleh itu, pelajar seni perlu menunjukan bakat dan membuktikan bahawa tanggapan “seni itu haram” adalah salah.

 nor azah binti fauzi 
bc12110103

Thursday, 12 December 2013

Fikirlah Wahai Manusia



Manusia,
Di mana sikap baikmu itu,
Di mana belas kasihmu itu,
Di mana akalmu itu,
Di mana hatimu itu,

Akal,
Pernahkah kau berfikir,
Pernahkah kau terfikir,
Pernahkah kau memikir,
Pernahkah kau difikir,

Ingatlah wahai manusia duniawi,
Akal yang diberi oleh Tuhan,
Akal yang diciptakan oleh Tuhan,
Adalah untuk kamu berfikir,
Berfikir secara matang,
Kerana ia akan mematangkan lagi dirimu.

   Nukilan : “Sepi Hati” (Nurul Ain Binti Kasim)

Tuesday, 3 December 2013

SAJAK: Untuk Semua Bergelar SAHABAT



Sahabat,
Biar kita saling memaafkan,
Bila hati sering dilukakan,
Usah kita saling bermusuhan,
Tika dibelenggu ketidakpuasan,

Kau sahabatku,
Jangan kita sering melukakan,
Ketika berlalu sesuatu kekusutan,
Jangan kita sering memulaukan,
Ketika kesilapan datang bertandang dalam kehidupan,

Ku titip kata-kata sebagai perleraian,
Untuk merungkai masalah yang mengelirukan,
Ku pohon seribu tangkai kemaafan,
Untuk menghapus khilaf yang pernah ku wujudkan,

Engkau tetap dianggap sahabat,
Sahabat yang sering menjadi pengubat,
Sahabat yang sering menjadi pengikat,
Supaya utuh agar menjadi erat.
  
NUKILAN:NURUL AIN BINTI KASIM (BC12110126)
SEKOLAH PENGAJIAN SENI (PENULISAN)

Wednesday, 27 November 2013

Perniagaan Sambilan Dapat Melatih Mahasiswa Berdikari



Universiti Malaysia Sabah- Disamping mencari ilmu di Universiti Malaysia Sabah, mahasiswa juga turut melakukan aktiviti perniagaan sambilan. Tujuan melakukan aktiviti perniagaan sambilan adalah untuk memperolehi pendapatan supaya dapat meningkatkan jumlah simpanan yang ada. Pendapatan yang diperolehi ini dapat meringankan beban mereka supaya tidak terlalu bergantung sepenuhnya terhadap wang pinjaman yang diperolehi.
          Di Universiti Malaysia Sabah ini kita dapat lihat berapa ramai pelajar yang melakukan aktiviti perniagaan sambilan seperti menjual makanan dan sebagainya. Mereka juga bijak mengatur masa di antara kuliah dan perniagaan yang dilakukan tersebut. Sememangya aktiviti yang dilakukan tersebut banyak memberi manfaat kepada mereka selain memperolehi pendapatan.
          Para pelajar yang melakukan aktiviti perniagaan sambilan telah menunjukkan mereka mampu berdikari sendiri dan dapat meringankan tanggungan daripada keluarga. Mereka juga dapat melatih diri dalam bidang perniagaan walaupun perniagaan yang dilakukan hanya secara kecil-kecilan tetapiperkara sebegini amat berguna kepada diri mereka sendiri. 

Disediakan Oleh: Muhamad Fakhrie Bin Ismail (BC12110089)

Tuesday, 26 November 2013

SPS Dialog Orang Seni 'haruskah seni' Merungkai 1001 Persoalan

Kota kinabalu- Jumaat,22 November 2013-bertempat di Theaterette Ahmad Nisfu,Sekolah Pengajian Seni Ums Kampus Kota Kinabalu,telah berlangsungnya dialog orang seni atau DOS,DOS merupakan hasil usahasama pelajar tahun 2 jurusan penulisan dengan Kelab Sastera Mahasiswa Sekolah Pengajian Seni atau lebih dikenali sebagai Kelab KARMA.

Antara ahli panel yang telah dijemput semasa majlis DOS ialah Tuan Haji Samin Bin Ongki dari YADIM dan Prof.Madya.Dr.Suwaid Tapah dari UITM,tidak lupa juga Moderator kita En.Sharifuddin Zainal salah seorang pensyarah dari Sekolah Pengajian Seni.

Majlis DOS merupakan majlis ilmu yang berlangsung dengan jayanya dan mendapat sambutan yang begitu hangat sekali dalam kalangan pelajar sekolah seni khususnya sampaikan kerusi yang disediakan tidak mencukupi,menyebabkan ahli panel memuji di atas sambutan yang diberikan dan mengucapkan taniah kepada yang terlibat menjayakan majlis ilmu tersebut.

Dalam majlis ini pelbagai persoalan diunsurkan dalam kalangan pelajar sekolah seni salah satunya adalah ‘adakah seni itu haram’bagi menjawab persoalan ini Tuan haji Samin menjelaskan manusia tidak boleh mengatakan ‘seni itu haram’kerana seni adalah kehidupan seharian sebagai contohnya di sini membaca ayat suci Al-Quran jika tidak ada seni maka pembacaannya tidak akan menepati cara ajaran islam.

Menurut pelajar seni,apakah hukuman orang yang mengatakan seni itu haram,Prof.Madya Dr.Suwaid Tapah membidas persoalan ini dengan menjawab apakah hak mereka untuk menghukum orang seni kerana hokum-hakam hanya hak Tuhan semata-mata bukannya hak manusia seperti mereka yang mengatakan seni itu haram.

Seterusnya,pelajar juga mempersoalkan jika dari sekolah seni bantuan zakat dari Sabah tidak boleh dipohon berikutan dia dari sekolah seni,salah seorang pekerja dari Baitulmal Sabah memberitahu pelajar berkenaan anda tidak boleh memohon bantuan tersebut kerana kamu dari sekolah seni kerana ‘seni itu haram’,jadi di sini siapakah dia untuk mengatakan sedemikian dan menghukum pelajar terbabit.

Seni tidak haram dan salah kecuali orang yang membuatkannya menjadi haram dan salah sebenarnya,dalam majlis DOS itu ditegaskan oleh ahli panel jemputan Tuan Haji Samin dan juga Prof.Madya Dr. Suwaid Tapah,seni telah lama hidup dalam diri manusia dan merupakan sebuah kehidupan seharian,hanya orang seni yang betul-betul memahami apakah itu seni walaupun ada sesetengah individu yang tidak mengerti apa itu seni membidas keras dengan menyatakan ‘seni itu haram’ ini akan menjatuhkan dirinya sendiri kelak berikutan kenyataan yang tidak masuk akal .
 
 
Disediakan oleh: Nurul Hafizai Binti Mahazer (BC12160222)

Monday, 25 November 2013

Kualiti Pelajar Dari Negara Luar Dalam Kegiatan Sukan Di Universiti Malaysia Sabah



Di Universiti Malaysia Sabah (UMS) ini mempunyai pelajar dari negara luar. Ada juga di antara mereka mempunyai potensi yang tinggi dalam kegiatan sukan. Bakat dan kebolehan seperti ini telah banyak memberi sumbangan terhadap prestasi sukan di UMS. Pelbagai pengalaman yang telah mereka perolehi dari negara mereka sendiri dan pengalaman itu digunakan pula oleh mereka di UMS pada ketika ini.
          Sumbangan mereka dalam kegiatan sukan di UMS telah sedikit-sebanyak memberi perubahan. Dalam pasukan bola sepak UMS mempunyai beberapa orang pemain yang merupakan pelajar dari negara luar. Mereka telah memberi komitmen yang baik untuk membantu pasukan bola sepak UMS bagi meningkatkan prestasi ke arah lebih baik. Mereka juga telah menunjukkan perhubungan yang baik dengan pelajar-pelajar tempatan dan memberi kerjasama tanpa sebarang masalah sehingga pasukan ini telah berjaya menjuarai beberapa kejohanan yang melibatkan Institut Pengajian Tinggi (IPT).
          Kehadiran mereka dalam kegiatan sukan di UMS ini nyata dapat memberi satu inisiatif baru kepada pelajar tempatan. Pelbagai pengalaman dapat dikongsi bersama di antara pelajar tempatan dengan pelajar dari luar negara.

 Muhamad Fakhrie Bin Ismail (BC12110089)

Saturday, 23 November 2013

Kemudahan Untuk Bersukan



Kolej Kediaman Sri Angkasa,20 November 2013- Sukan adalah salah satu bentuk aktiviti fizikal yang sangat baik untuk kesihatan tubuh badan. Aktiviti sukan dapat melancarkan saluran darah dalam badan manusia. Aktiviti fizikal seperti bersukan dapat membantu otak menjadi cerdas. Setiap individu memerlukan otak cerdas untuk berfikir. Contoh aktiviti sukan yang selalu dilakukan oleh individu ialah bersenam, jogging di taman rekreasi, bermain bola dan sebagainya.
                    Bersukan adalah satu aktiviti yang dapat menyihatkan fizikal dan mental seseorang. Sebagai seorang pelajar juga, perlu menjaga kesihatan badan dan melakukan aktiviti bersukan serta mengamalkannya. Hal ini disebabkan, semasa kita bersukan semua organ kita bergerak cerdas. Pembakaran lemak juga berlaku dalam badan kerana melakukan aktiviti seperti bermain badminton dan bola tampar. Peluh yang keluar sewaktu bersukan amat bagus kerana ia akan membuang segala toksik dalam badan.
Di Kolej Sri Angkasa telah menyediakan beberapa tempat untuk pelajar yang tinggal di kolej tersebut melakukan aktiviti sukan. Kolej tersebut merupakan kolej yang baru sahaja siap dibina. Antara aktiviti sukan yang boleh pelajar lakukan ialah bermain badminton, bola tampar, futsal dan bola sepak. Pada waktu petang, pelajar lelaki bermain sepak takraw dan juga bola tampar di tempat yang disediakan. Manakala, waktu malam pelajar lelaki dan perempuan bermain badminton. Aktiviti seperti itu adalah merupakan salah satu aktiviti yang mencergaskan badan mereka. Kesihatan pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) terjamin kerana adanya kemudahan yang diberikan kepada mereka untuk mereka melakukan aktiviti sukan. Bersukan amat penting untuk kesihatan kepada tubuh kita. Bersukan penting bagi menghilangkan rasa tekanan pelajar universiti yang seringkali menghadapi masalah dalam  sesuatu perkara ketika belajar.
Disediakan oleh : Nurul Ain Binti Kasim(BC12110126)