Universiti Malaysia Sabah, 27 Oktober 2013- "Sekolah Pengajian Seni" merupakan nama bagi sebuah sekolah yang terdapat di Universiti Malaysia Sabah. Nama itu sangat sinonim dan seringkali mengaitkan tentang pelajar-pelajarnya. Sekolah tersebut dikenali sebagai sekolah yang paling sibuk kerana terlalu banyak aktiviti yang dilancarkan oleh pihak sekolah bagi meningkatkan lagi nama sekolah mereka kepada orang ramai. Tetapi, silapnya ada sesetengah pihak telah memandang serong terhadap Sekolah Pengajian Seni (SPS). Ada diantara mereka menghina dan mengutuk pelajar-pelajar SPS dan menyatakan bahawa seni itu adalah haram.
Disini, saya sebagai salah seorang pelajar SPS ingin menyuarakan tentang apa yang diperkatakan oleh sesetengah pihak yang menyatakan "seni itu haram". Untuk pengetahuan anda semua, seni itu tidak haram. Kenapa? Kerana seni adalah satu cara untuk berdakwah. Bukan sahaja cara untuk menyampaikan dakwah, tetapi seni itu dapat mencungkil bakat dan kemahiran seseorang dalam diri mereka.
Seperti yang dapat anda semua lihat pada 26 Oktober 2013 bersamaan hari Ahad, kebanyakan daripada pelajar SPS telah menyertai Anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka melalui Kempen "Semarak Bulan Bahasa" di 1Borneo, Hypermall, Kota Kinabalu Sabah. Mereka mempersembahkan sebuah Sketsa tentang bahasa untuk semua pengunjung yang datang membeli-belah di 1Borneo. Banyak perkara yang baik dapat diambil melalui persembahan Sketsa tersebut. Disitu, pelajar-pelajar SPS berpeluang untuk berkongsi dan menyumbang sedikit pengetahuan tentang kepentingan dan keistimewaan bahasa melayu untuk semua masyarakat yang lahir di bumi Malaysia.
Disediakan oleh : Nurul Ain Binti Kasim (BC12110126)
No comments:
Post a Comment