This Best Song

Sunday, 20 October 2013

Bual Bicara Bersama David Teo



Isnin, 23 September, Forum bersama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Metrowealth International Group (MIG), David Teo yang berlangsung di Dewan Resital, Universiti Malaysia Sabah (UMS) baru-baru ini berjalan lancar dan mendapat sambutan hebat para pelajar UMS serta penggiat seni tempatan.Forum ini merupakan sebahagian daripada usaha Sekolah Pengajian Seni (SPS) dalam menjalin hubungan dengan pelbagai pihak industri kreatif melalui Program Rakan Kerjasama Industri SPS (SPS Industry Partnership Programme).



Menurut David Teo, perbincangan lanjut dengan pihak UMS akan berlangsung di Kuala Lumpur dalam masa terdekat dan kerjasama antara kedua belah pihak akan bermula pada hujung tahun ini.“Pihak MIG melihat SPS sudah matang dan mempunyai pelajar yang ramai. Secara lisan, kita telah menerima kerjasama dengan pihak UMS. Jika kertas kerja cepat disiapkan, kita akan percepatkan kerjasama ini,” ujar beliau.Menurutnya, matlamat kerjasama tersebut juga dilihat mampu menyumbang kepada pembangunan modal insan yang akan melibatkan rakyat Sabah secara menyeluruh.

Terdahulu, Penyelaras Program, Dr. Zairul Anuar Md. Dawam berkata, kerjasama antara pihak SPS dan MIG akan melibatkan pertukaran dan perkongsian kepakaran antara tenaga pensyarah dan pihak industri serta peluang pelajar SPS untuk menjalani latihan industri di MIG.Pada program tersebut, pihak MIG turut menayangkan dua buah filem baharu terbitan mereka, iaitu Adnan Sempit 3 lakonan Shaheizy Sam dan Intan Ladyana, dan filem Paku Pontianak secara percuma.

Disediakan,
Nurul Hafizai Binti Mahazer  (BC12160222)

No comments:

Post a Comment