This Best Song

Wednesday, 27 November 2013

Perniagaan Sambilan Dapat Melatih Mahasiswa Berdikari



Universiti Malaysia Sabah- Disamping mencari ilmu di Universiti Malaysia Sabah, mahasiswa juga turut melakukan aktiviti perniagaan sambilan. Tujuan melakukan aktiviti perniagaan sambilan adalah untuk memperolehi pendapatan supaya dapat meningkatkan jumlah simpanan yang ada. Pendapatan yang diperolehi ini dapat meringankan beban mereka supaya tidak terlalu bergantung sepenuhnya terhadap wang pinjaman yang diperolehi.
          Di Universiti Malaysia Sabah ini kita dapat lihat berapa ramai pelajar yang melakukan aktiviti perniagaan sambilan seperti menjual makanan dan sebagainya. Mereka juga bijak mengatur masa di antara kuliah dan perniagaan yang dilakukan tersebut. Sememangya aktiviti yang dilakukan tersebut banyak memberi manfaat kepada mereka selain memperolehi pendapatan.
          Para pelajar yang melakukan aktiviti perniagaan sambilan telah menunjukkan mereka mampu berdikari sendiri dan dapat meringankan tanggungan daripada keluarga. Mereka juga dapat melatih diri dalam bidang perniagaan walaupun perniagaan yang dilakukan hanya secara kecil-kecilan tetapiperkara sebegini amat berguna kepada diri mereka sendiri. 

Disediakan Oleh: Muhamad Fakhrie Bin Ismail (BC12110089)

Tuesday, 26 November 2013

SPS Dialog Orang Seni 'haruskah seni' Merungkai 1001 Persoalan

Kota kinabalu- Jumaat,22 November 2013-bertempat di Theaterette Ahmad Nisfu,Sekolah Pengajian Seni Ums Kampus Kota Kinabalu,telah berlangsungnya dialog orang seni atau DOS,DOS merupakan hasil usahasama pelajar tahun 2 jurusan penulisan dengan Kelab Sastera Mahasiswa Sekolah Pengajian Seni atau lebih dikenali sebagai Kelab KARMA.

Antara ahli panel yang telah dijemput semasa majlis DOS ialah Tuan Haji Samin Bin Ongki dari YADIM dan Prof.Madya.Dr.Suwaid Tapah dari UITM,tidak lupa juga Moderator kita En.Sharifuddin Zainal salah seorang pensyarah dari Sekolah Pengajian Seni.

Majlis DOS merupakan majlis ilmu yang berlangsung dengan jayanya dan mendapat sambutan yang begitu hangat sekali dalam kalangan pelajar sekolah seni khususnya sampaikan kerusi yang disediakan tidak mencukupi,menyebabkan ahli panel memuji di atas sambutan yang diberikan dan mengucapkan taniah kepada yang terlibat menjayakan majlis ilmu tersebut.

Dalam majlis ini pelbagai persoalan diunsurkan dalam kalangan pelajar sekolah seni salah satunya adalah ‘adakah seni itu haram’bagi menjawab persoalan ini Tuan haji Samin menjelaskan manusia tidak boleh mengatakan ‘seni itu haram’kerana seni adalah kehidupan seharian sebagai contohnya di sini membaca ayat suci Al-Quran jika tidak ada seni maka pembacaannya tidak akan menepati cara ajaran islam.

Menurut pelajar seni,apakah hukuman orang yang mengatakan seni itu haram,Prof.Madya Dr.Suwaid Tapah membidas persoalan ini dengan menjawab apakah hak mereka untuk menghukum orang seni kerana hokum-hakam hanya hak Tuhan semata-mata bukannya hak manusia seperti mereka yang mengatakan seni itu haram.

Seterusnya,pelajar juga mempersoalkan jika dari sekolah seni bantuan zakat dari Sabah tidak boleh dipohon berikutan dia dari sekolah seni,salah seorang pekerja dari Baitulmal Sabah memberitahu pelajar berkenaan anda tidak boleh memohon bantuan tersebut kerana kamu dari sekolah seni kerana ‘seni itu haram’,jadi di sini siapakah dia untuk mengatakan sedemikian dan menghukum pelajar terbabit.

Seni tidak haram dan salah kecuali orang yang membuatkannya menjadi haram dan salah sebenarnya,dalam majlis DOS itu ditegaskan oleh ahli panel jemputan Tuan Haji Samin dan juga Prof.Madya Dr. Suwaid Tapah,seni telah lama hidup dalam diri manusia dan merupakan sebuah kehidupan seharian,hanya orang seni yang betul-betul memahami apakah itu seni walaupun ada sesetengah individu yang tidak mengerti apa itu seni membidas keras dengan menyatakan ‘seni itu haram’ ini akan menjatuhkan dirinya sendiri kelak berikutan kenyataan yang tidak masuk akal .
 
 
Disediakan oleh: Nurul Hafizai Binti Mahazer (BC12160222)

Monday, 25 November 2013

Kualiti Pelajar Dari Negara Luar Dalam Kegiatan Sukan Di Universiti Malaysia Sabah



Di Universiti Malaysia Sabah (UMS) ini mempunyai pelajar dari negara luar. Ada juga di antara mereka mempunyai potensi yang tinggi dalam kegiatan sukan. Bakat dan kebolehan seperti ini telah banyak memberi sumbangan terhadap prestasi sukan di UMS. Pelbagai pengalaman yang telah mereka perolehi dari negara mereka sendiri dan pengalaman itu digunakan pula oleh mereka di UMS pada ketika ini.
          Sumbangan mereka dalam kegiatan sukan di UMS telah sedikit-sebanyak memberi perubahan. Dalam pasukan bola sepak UMS mempunyai beberapa orang pemain yang merupakan pelajar dari negara luar. Mereka telah memberi komitmen yang baik untuk membantu pasukan bola sepak UMS bagi meningkatkan prestasi ke arah lebih baik. Mereka juga telah menunjukkan perhubungan yang baik dengan pelajar-pelajar tempatan dan memberi kerjasama tanpa sebarang masalah sehingga pasukan ini telah berjaya menjuarai beberapa kejohanan yang melibatkan Institut Pengajian Tinggi (IPT).
          Kehadiran mereka dalam kegiatan sukan di UMS ini nyata dapat memberi satu inisiatif baru kepada pelajar tempatan. Pelbagai pengalaman dapat dikongsi bersama di antara pelajar tempatan dengan pelajar dari luar negara.

 Muhamad Fakhrie Bin Ismail (BC12110089)

Saturday, 23 November 2013

Kemudahan Untuk Bersukan



Kolej Kediaman Sri Angkasa,20 November 2013- Sukan adalah salah satu bentuk aktiviti fizikal yang sangat baik untuk kesihatan tubuh badan. Aktiviti sukan dapat melancarkan saluran darah dalam badan manusia. Aktiviti fizikal seperti bersukan dapat membantu otak menjadi cerdas. Setiap individu memerlukan otak cerdas untuk berfikir. Contoh aktiviti sukan yang selalu dilakukan oleh individu ialah bersenam, jogging di taman rekreasi, bermain bola dan sebagainya.
                    Bersukan adalah satu aktiviti yang dapat menyihatkan fizikal dan mental seseorang. Sebagai seorang pelajar juga, perlu menjaga kesihatan badan dan melakukan aktiviti bersukan serta mengamalkannya. Hal ini disebabkan, semasa kita bersukan semua organ kita bergerak cerdas. Pembakaran lemak juga berlaku dalam badan kerana melakukan aktiviti seperti bermain badminton dan bola tampar. Peluh yang keluar sewaktu bersukan amat bagus kerana ia akan membuang segala toksik dalam badan.
Di Kolej Sri Angkasa telah menyediakan beberapa tempat untuk pelajar yang tinggal di kolej tersebut melakukan aktiviti sukan. Kolej tersebut merupakan kolej yang baru sahaja siap dibina. Antara aktiviti sukan yang boleh pelajar lakukan ialah bermain badminton, bola tampar, futsal dan bola sepak. Pada waktu petang, pelajar lelaki bermain sepak takraw dan juga bola tampar di tempat yang disediakan. Manakala, waktu malam pelajar lelaki dan perempuan bermain badminton. Aktiviti seperti itu adalah merupakan salah satu aktiviti yang mencergaskan badan mereka. Kesihatan pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) terjamin kerana adanya kemudahan yang diberikan kepada mereka untuk mereka melakukan aktiviti sukan. Bersukan amat penting untuk kesihatan kepada tubuh kita. Bersukan penting bagi menghilangkan rasa tekanan pelajar universiti yang seringkali menghadapi masalah dalam  sesuatu perkara ketika belajar.
Disediakan oleh : Nurul Ain Binti Kasim(BC12110126)

Friday, 22 November 2013

SAJAK Kembara…


Kembara…
Bermula di alam azali
Berjanji dengan-NYA takkan mengingkari
Sebelum roh dihembus ke rahim Umi

Pengembaraan roh mula merentasi alam rahim
Jasmani dari tanah liat berasal dari lumpur hitam
Sembilan bulan membentuk dalam rahim
Sebelum menjejak dunia penyambung zuriat Nabi Adam

Kembara mula ke tahap konflik
Taklif mula diperkotak katik
Khayal dalam godaan
Lupa akan datangnya Mungkar dan Nangkir

Ajal yang datang dibuka pintu
Tiada siapa yang memberitahu
Lemah jemari nafas terhenti
Tak tergambar sakitnya mati

Jantung berdegup kencang
Menanti tujahan datang
Menggigil ketakutan gelap pekat di pandangan
Di alam barzakh jasad dikebumikan


NOR AZAH BINTI FAUZI
BC12110103

PENGURUSAN PROGRAM "HARUSKAH SENI?"

22 November 2013. Pada permulaannya program “haruskah seni” ingin dilakukan di Padang Kawad, Universiti Malaysia Sabah sempena Tamu Gadang ke 15 tetapi apabila melihat suasana dan persekitaran di Tamu Gadang tersebut tidak sesuai untuk memberikan ceramah ataupun pendedahan kepada orang ramai. Hal ini kerana dari segi kedudukan penonton yang terlalu jauh dengan ahli penal menyebabkan AJK pelaksanaan program “Harukah Seni” terpaksa membatalkan program melakukan di Tamu Gadang. AJK pelaksana membuat cadangan baru untuk meneruskan juga program ini tetapi hanya berlainan tempat sahaja. Pengarah program ini telah mencadangkan untuk membuat di Studio Theatrettre Ahnad Nisfu, Sekolah Pengajian Seni.
            Program “Haruskah Seni?” yang dibawakan isu oleh Dialog Orang Seni (DOS) yang dianjurkan oleh pelajar yang mengambil subjek Resital II dengan kerjasama Kelab Sastera Mahasiswa (KARMA) dibawah Sekolah Pengajian Seni. Program ini adalah untuk membuka minda pelajar agar tidak terlalu jumud pada seni, yang mana ada segelintir desas-desus yang mengatakan bahawa seni itu haram.
Untuk membincangkan ini telah menampilkan 2 orang ahli panel yang berkelibal iaitu Tuan Haji Samin Ongki, Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia serta pensyarah dari UITM Sabah diharapkan memberikan satu pencerahan dan pendedahan kepada pelajar dan masyarakat luar tentang isu “Haruskah Seni”. Moderator tidak lain tidak bukan iaitu Encik Syarifuddin Bin Zainal iaitu pensyarah Sekolah Pengajian Seni sendiri.

Selain itu, program ini juga untuk menutarakan kepada pelajar seni juga bahawa seni ini mempunyai peluang diluar bukan sahaja menyanyi dan berlakon yang mana pada mata pandangan masyarakat, seni ini tidak mempunyaipeluang pekerjaan yang cerak. 
NOR AZAH BINTI FAUZI
BC12110103

Thursday, 21 November 2013

Ketagih Facebook



Ketagihan bermain facebook telah menular dalam kalangan pelajar universiti.Gejala ini telah berleluasa dan menyebabkan kelekaan untuk melakukan kerja yang wajib seperti menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah.Facebook juga boleh menyebabkan pelajar lalai dalam melakukan tugasnya sebagai seorang pelajar universiti kerana dengan berfacebook mereka akan mengabaikan dan mengorbankan masa belajar mereka kerana terlalu taksub dengan pelbagai bahan yang disediakan termasuklah bermain permainan di dalam facebook.



Selain keburukkan ada juga kebaikan facebook yang tidak boleh dinafikan dengan facebook kita boleh mendapat pelbagai berita dan maklumt semasa bagi sesetengah masyarakat yang tidak sempat menonton berita malahan di universiti ada juga tidak disediakan kemudahan seperti televisyen hanya facebook menjadi penghubung dan memperolehi maklumat semasa.



                                                                           
                                                                Nurul hafizai bt mahazer 
                                                                          ~kak ngoh~                           

Wednesday, 20 November 2013

Kelihatan Seperti Manusia


Disediakan Oleh: Nurul Ain Binti Kasim (BC12110126)

Kolej Kediaman Sri Angkasa, 2 Oktober 2013- Seorang pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah mengambil sekeping gambar sewaktu berada di atas bas ketika bas ingin menuju masuk ke dalam Kolej Kediaman Sri Angkasa. Dia mengambil gambar suasana matahari terbenam. Keindahan yang dilihatnya telah menarik minatnya untuk mengambil gambar di luar sana. Sebelum bas menyusur masuk ke dalam Kolej Kediaman Sri Angkasa, dia sempat mengambil gambar tersebut. Disitu dipenuhi dan dikelilingi oleh pokok-pokok kayu dan boleh dikatakan semak-samun. Azan Maghrib berkumandang sewaktu menuruni bas dan menuju ke biliknya. Dia berehat di dalam bilik sambil membuka telefonnya dan melihat gambar yang diambilnya tadi semasa berada di dalam bas. Gambar yang diambilnya tadi kelihatan aneh. Ini adalah gambar yang diambil oleh pelajar perempuan tersebut.

 Ramai yang tertanya-tanya mengenai gambar ini. Apakah yang dapat anda semua andaikan tentang sekeping gambar yang dilampirkan di atas? Ianya bukan gambar edit atau ambil dari laman internet, tetapi gambar itu adalah asli.