20.12.2013,Sekolah
Pengajian Seni, Universiti Malaysia Sabah, pelajar seni kreatif tahun 2 fokus
penulisan telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Tenom Sabah. Lawatan kali
ini selama 3 hari 2 malam. Semasa perjalanan kami ke Tenom bas yang membawa kami
telah mengalami sedikit masalah gear dan ini menyebabkan kami terpaksa berhenti
untuk menyejukkan enjin berikutan keadaan gear yang sudah rosak.Kami berhenti
di persimpangan bukit sebelum Daerah Tambunan.
Setengah jam selepas itu kami memulakan perjalanan semula namun setelah sampai di Daerah Tambunan kami terpaksa berhenti sekali lagi di sebuah stesen minyak berdekatan. Hari hampir malam namun perjalanan kami harus diteruskan jua namun semasa melalui pekan tambunan bas telah rosak dan tidak boleh lagi meneruskan perjalanan , kami satu bus terperangkap di pekan tambunan selama 4 jam lebih, kami terpaksa menunggu bas satu lagi untuk datang dan menghantar kami ke Tenom.
Setengah jam selepas itu kami memulakan perjalanan semula namun setelah sampai di Daerah Tambunan kami terpaksa berhenti sekali lagi di sebuah stesen minyak berdekatan. Hari hampir malam namun perjalanan kami harus diteruskan jua namun semasa melalui pekan tambunan bas telah rosak dan tidak boleh lagi meneruskan perjalanan , kami satu bus terperangkap di pekan tambunan selama 4 jam lebih, kami terpaksa menunggu bas satu lagi untuk datang dan menghantar kami ke Tenom.
Namun, pelbagai masalah
telah timbul berikutan pemamdu bas satu lagi tidak mahu menghantar kami ke
tenom berikutan keadaan cuaca hujan lebat yang tidak mengizikan untuk
perjalanan ke Tenom. Setelah berbincang dengan pensyarah kami, kami semua
menemui jalan iaitu kami terpaksa menumpang di villa pensyarah kami dan esok
terpaksa bas yang baru datang mengambil kami untuk teruskan perjalanan ke
Tenom.
Sewaktu permulaan perjalanan, semua pelajar sangat
teruja untuk melakukan aktiviti di Tenom. Mereka pergi ke Tenom sebagai tujuan
Kem Motivasi Pelajar. Semua yang terlibat adalah pelajar dari Sekolah Pengajian
Seni (SPS) dan merupakan jurusan Seni Kreatif yang mengambil major Penulisan.
Lokasi untuk pergi berkhemah di Tenom adalah merupakan persetujuan semua
pelajar tersebut. Mereka ingin keluar daripada kawasan Universiti Malaysia
Sabah (UMS) untuk merehatkan minda mereka yang sangat tertekan dengan tugasa di
SPS.
Semasa di pertengahan perjalanan, pelajar
SPS terhidu bau hangit di dalam bas yang mereka naiki. Mereka berhenti di suatu
kawasan yang merupakan kawasan berbukit untuk memeriksa bas. Timbalan Pengarah
Program memegang tanggungjawabnya untuk menjaga keselamatan penumpang. Selepas
memeriksa bas tersebut, perjalanan diteruskan untuk menuju ke destinasi mereka
iaitu ke Tenom. Lama-kelamaan, keadaan bas semakin teruk. Pelajar-pelajar yang
menaiki bas untuk menuju ke Tenom semakin cemas kerana terhidu bau yang kurang
menyenangkan. Bas tersebut berbau hangit seperti bau tayar yang dibakar.
Pelajar-pelajar perempuan ada yang bising dan bercakap-cakap. Mereka sangat
takut dengan keadaan yang dihadapi oleh mereka pada waktu tersebut. Banyak
halangan dan cabaran yang dilalui oleh mereka untuk menuju ke Tenom.
Pemandu bas berhenti di Daerah Tambunan
kerana dia merasakan gear bas sudah rosak.. Semua pelajar dibenarkan turun
untuk mencari bekalan makanan kerana mereka berasa lapar. Ramai yang turun
untuk membeli makanan dan ada juga yang hanya berada di dalam bas sahaja.
Selepas mereka selesai makan, pemandu bas memanggil mereka semua untuk
memberitahu keadaan bas tersebut. Bas yang mereka naiki sudah rosak dan tidak
dapat untuk meneruskan perjalanan mereka ke Tenom. Pemandu bas tersebut
terpaksa mencari inisiatif lain untuk menghantar mereka. Timbalan Pengarah
Program turut cuba untuk membantu pemandu bas tersebut untuk menyelesaikan
masalah bas tersebut.
Hari sudah semakin gelap. Pelajar-pelajar
SPS yang menyertai rombongan bas tersebut semakin bimbang akan keadaan mereka
yang masih lagi terperangkap di Tambunan. Mereka semakin cemas apabila
mendapati bahawa mereka perlu pulang semula ke UMS dan memulakan kembali
perjalanan mereka pada keesokan paginya. Tetapi ramai diantara mereka tidak
setuju dan berkeras untuk berada disitu kerana mereka takut untuk pulang ke UMS
pada waktu malam akibat jalan yang mereka lalui semasa perjalanan sebelum ini
sangat bahaya. Tambahan lagi, cuaca tidak mengizinkan kerana hujan
mencurah-curah. Mereka beranggapan jika mereka pulang ke UMS, keselamatan
mereka tidak terjamin. Pada ketika itu, ada diantara pelajar perempuan yang
menangis kerana terlalu takut dengan situasi yang mereka hadapi. Disitu,
semangat kerjasama mereka dapat dilihat melalui kesepakatan kata-kata untuk mereka
semua terus kekal berada di Tambunan dan tidak ingin kembali ke UMS.
Selepas itu, pensyarah yang menganjurkan
program untuk ke Tenom telah sampai di Tambunan untuk melihat keadaan
pelajar-pelajar mereka. Semua pelajar gembira apabila mengetahui pensyarah
mereka datang melihat keadaan mereka sekarang. Mereka diberitahu bahawa mereka
akan menginap di rumah tumpangan pensyarah tersebut. Semua pelajar gembira
mendengar berita yang mereka mendapat tempat untuk mereka mendapatkan
perlindungan dan lebih selamat.
Pelbagai rintangan yang telah kami lalui dengan
kerenah pemandu bas dan masalah yang tidak dapat dielakkan. Sir Addley telah
mencari tempat penginapan untuk kami semua menginap untuk semalaman. Disebabkan
bas rosak, pemandu bas terpaksa pulang ke UMS untuk mendapatkan bas baru dan
menyambung perjalanan kami ke tempat yang ingin kami tuju iaitu di Tenom. Kami
semua terpaksa bermalam di rumah rehat Sir Addley. Di sini, kami menempuh
pelbagai dugaan dan cabaran. Hal ini demikian kerana hanya terdapat tiga buah
bilik sahaja dan bilik tersebut hanya diberi keutamaan kepada pelajar perempuan
sahaja. Pelajar lelaki terpaksa tidur di bahagian ruang tamu yang hanya beralaskan
tikar. Walaupun pelajar perempuan ada yang tidur beralaskan tilam empuk tetapi
kami semua bersyukur kerana diberikan tempat untuk bermalam buat sementara
menunggu ketibaan bas dari UMS esok pagi.
Ketika
diawal pagi kami mempunyai masalah makanan dan terpaksa bersarapan dengan roti
yang berintikan susu yang dibawa oleh AJK makanan. Tetapi Timbalan Pengarah
program kami bersusah payah keluar menjenguk di sekitar kawasan kampung untuk
mencari kedai untuk membeli mihun untuk dimasak dan makan tengah hari sementara
menunggu bas. Sementara menunggu kunjungan bas, kami menikmati keindahan yang
pemandangannya berbeza dengan suasana di semenanjung.
Tempat penginapan kami dikelilingi dengan sawah
padi yang kekuningan. Pemandangannya indah dan damai serta dapat menenangkan
minda kami yang selama ini tertekan dengan pelbagai tugasan di SPS. Setelah
sekian lama kami menunggu akhirnya tiba juga bas baru dari UMS kira-kira dalam
jam 12.00 tengah hari. Kami memulakan kembali perjalanan ke Tenom yang
tergendala disebabkan masalah kerosakan bas di Tambunan.
Disediakan Oleh: JEMARI BERSUA
NURUL HAFIZAI BINTI MAHAZER
NURUL AIN BINTI KASIM
MOHAMAD FAKHRIE BIN ISMAIL
NORAZAH BINTI FAUZI
No comments:
Post a Comment