This Best Song

Monday, 20 January 2014

Suka Duka "TENOM"

20.12.2013,Sekolah Pengajian Seni, Universiti Malaysia Sabah, pelajar seni kreatif tahun 2 fokus penulisan telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Tenom Sabah. Lawatan kali ini selama 3 hari 2 malam. Semasa perjalanan kami ke Tenom bas yang membawa kami telah mengalami sedikit masalah gear dan ini menyebabkan kami terpaksa berhenti untuk menyejukkan enjin berikutan keadaan gear yang sudah rosak.Kami berhenti di persimpangan bukit sebelum Daerah Tambunan.                                                                   
Setengah jam selepas itu kami memulakan perjalanan semula namun setelah sampai di Daerah Tambunan kami terpaksa berhenti sekali lagi di sebuah stesen minyak berdekatan. Hari hampir malam namun perjalanan kami harus diteruskan jua namun semasa melalui pekan tambunan bas telah rosak dan tidak boleh lagi meneruskan perjalanan , kami satu bus terperangkap di pekan tambunan selama 4 jam lebih, kami terpaksa menunggu bas satu lagi untuk datang dan menghantar kami ke Tenom.
Namun, pelbagai masalah telah timbul berikutan pemamdu bas satu lagi tidak mahu menghantar kami ke tenom berikutan keadaan cuaca hujan lebat yang tidak mengizikan untuk perjalanan ke Tenom. Setelah berbincang dengan pensyarah kami, kami semua menemui jalan iaitu kami terpaksa menumpang di villa pensyarah kami dan esok terpaksa bas yang baru datang mengambil kami untuk teruskan perjalanan ke Tenom.
          Sewaktu permulaan perjalanan, semua pelajar sangat teruja untuk melakukan aktiviti di Tenom. Mereka pergi ke Tenom sebagai tujuan Kem Motivasi Pelajar. Semua yang terlibat adalah pelajar dari Sekolah Pengajian Seni (SPS) dan merupakan jurusan Seni Kreatif yang mengambil major Penulisan. Lokasi untuk pergi berkhemah di Tenom adalah merupakan persetujuan semua pelajar tersebut. Mereka ingin keluar daripada kawasan Universiti Malaysia Sabah (UMS) untuk merehatkan minda mereka yang sangat tertekan dengan tugasa di SPS.
Semasa di pertengahan perjalanan, pelajar SPS terhidu bau hangit di dalam bas yang mereka naiki. Mereka berhenti di suatu kawasan yang merupakan kawasan berbukit untuk memeriksa bas. Timbalan Pengarah Program memegang tanggungjawabnya untuk menjaga keselamatan penumpang. Selepas memeriksa bas tersebut, perjalanan diteruskan untuk menuju ke destinasi mereka iaitu ke Tenom. Lama-kelamaan, keadaan bas semakin teruk. Pelajar-pelajar yang menaiki bas untuk menuju ke Tenom semakin cemas kerana terhidu bau yang kurang menyenangkan. Bas tersebut berbau hangit seperti bau tayar yang dibakar. Pelajar-pelajar perempuan ada yang bising dan bercakap-cakap. Mereka sangat takut dengan keadaan yang dihadapi oleh mereka pada waktu tersebut. Banyak halangan dan cabaran yang dilalui oleh mereka untuk menuju ke Tenom.
Pemandu bas berhenti di Daerah Tambunan kerana dia merasakan gear bas sudah rosak.. Semua pelajar dibenarkan turun untuk mencari bekalan makanan kerana mereka berasa lapar. Ramai yang turun untuk membeli makanan dan ada juga yang hanya berada di dalam bas sahaja. Selepas mereka selesai makan, pemandu bas memanggil mereka semua untuk memberitahu keadaan bas tersebut. Bas yang mereka naiki sudah rosak dan tidak dapat untuk meneruskan perjalanan mereka ke Tenom. Pemandu bas tersebut terpaksa mencari inisiatif lain untuk menghantar mereka. Timbalan Pengarah Program turut cuba untuk membantu pemandu bas tersebut untuk menyelesaikan masalah bas tersebut.
Hari sudah semakin gelap. Pelajar-pelajar SPS yang menyertai rombongan bas tersebut semakin bimbang akan keadaan mereka yang masih lagi terperangkap di Tambunan. Mereka semakin cemas apabila mendapati bahawa mereka perlu pulang semula ke UMS dan memulakan kembali perjalanan mereka pada keesokan paginya. Tetapi ramai diantara mereka tidak setuju dan berkeras untuk berada disitu kerana mereka takut untuk pulang ke UMS pada waktu malam akibat jalan yang mereka lalui semasa perjalanan sebelum ini sangat bahaya. Tambahan lagi, cuaca tidak mengizinkan kerana hujan mencurah-curah. Mereka beranggapan jika mereka pulang ke UMS, keselamatan mereka tidak terjamin. Pada ketika itu, ada diantara pelajar perempuan yang menangis kerana terlalu takut dengan situasi yang mereka hadapi. Disitu, semangat kerjasama mereka dapat dilihat melalui kesepakatan kata-kata untuk mereka semua terus kekal berada di Tambunan dan tidak ingin kembali ke UMS.
Selepas itu, pensyarah yang menganjurkan program untuk ke Tenom telah sampai di Tambunan untuk melihat keadaan pelajar-pelajar mereka. Semua pelajar gembira apabila mengetahui pensyarah mereka datang melihat keadaan mereka sekarang. Mereka diberitahu bahawa mereka akan menginap di rumah tumpangan pensyarah tersebut. Semua pelajar gembira mendengar berita yang mereka mendapat tempat untuk mereka mendapatkan perlindungan dan lebih selamat.
         Pelbagai rintangan yang telah kami lalui dengan kerenah pemandu bas dan masalah yang tidak dapat dielakkan. Sir Addley telah mencari tempat penginapan untuk kami semua menginap untuk semalaman. Disebabkan bas rosak, pemandu bas terpaksa pulang ke UMS untuk mendapatkan bas baru dan menyambung perjalanan kami ke tempat yang ingin kami tuju iaitu di Tenom. Kami semua terpaksa bermalam di rumah rehat Sir Addley. Di sini, kami menempuh pelbagai dugaan dan cabaran. Hal ini demikian kerana hanya terdapat tiga buah bilik sahaja dan bilik tersebut hanya diberi keutamaan kepada pelajar perempuan sahaja. Pelajar lelaki terpaksa tidur di bahagian ruang tamu yang hanya beralaskan tikar. Walaupun pelajar perempuan ada yang tidur beralaskan tilam empuk tetapi kami semua bersyukur kerana diberikan tempat untuk bermalam buat sementara menunggu ketibaan bas dari UMS esok pagi.
          Ketika diawal pagi kami mempunyai masalah makanan dan terpaksa bersarapan dengan roti yang berintikan susu yang dibawa oleh AJK makanan. Tetapi Timbalan Pengarah program kami bersusah payah keluar menjenguk di sekitar kawasan kampung untuk mencari kedai untuk membeli mihun untuk dimasak dan makan tengah hari sementara menunggu bas. Sementara menunggu kunjungan bas, kami menikmati keindahan yang pemandangannya berbeza dengan suasana di semenanjung.
Tempat penginapan kami dikelilingi dengan sawah padi yang kekuningan. Pemandangannya indah dan damai serta dapat menenangkan minda kami yang selama ini tertekan dengan pelbagai tugasan di SPS. Setelah sekian lama kami menunggu akhirnya tiba juga bas baru dari UMS kira-kira dalam jam 12.00 tengah hari. Kami memulakan kembali perjalanan ke Tenom yang tergendala disebabkan masalah kerosakan bas di Tambunan.

Disediakan Oleh: JEMARI BERSUA
NURUL HAFIZAI BINTI MAHAZER
NURUL AIN BINTI KASIM
MOHAMAD FAKHRIE BIN ISMAIL
NORAZAH BINTI FAUZI

          

Sunday, 12 January 2014

PERSIAPAN AWAL BAGI PROJEK AKHIR MAJOR TEATER TAHUN 3 SEKOLAH PENGAJIAN SENI



Penilaian akhir untukpelajar tahun 3 dalam major teater akan diadakan pada semester akan datang, tetapi persiapan awal sudah mula dilakukan oleh pelajar tahun akhir pada semester ini lagi. Ini merupakan langkah awal untuk memastikan projek  akhir mereka dapat dilakukan dengan jayanya. Mereka akan dinilai berdasarkan persembahan teater yang akan diadakan nanti. Penilaian bukan sahaja dibuat berdasarkan lakonan, malah dari aspek pengurusan juga akan diberi tumpuan oleh setiap pensyarah yang menilai.
Setiap pengarah produksi teater sudah mula memikirkan tentang persembahan yang akan dibuat. Pengarah merupakan orang yang memainkan peranan penting dalam menjalankan sesebuah persembahan teater kerana Skrip dan tema persembahan di sediakan oleh pengarah.
Peluang juga turut dibuka oleh pelajar tahun akhir kepada pelajar junior untuk terlibat dalam projek akhir mereka dengan mengadakan sesi ujibakat untuk memilih para pelakon dan juga bahagian pengurusan seperti teknikal dan sebagainya. Pelajar junior yang terpilih dalam sesi ujibakat tersebut akan dapat membantu pelajar tahun 3 dalam menjalankan projek ahkir itu nanti. Pelbagai ilmu dan pengalaman akan dapat dipelajari oleh pelajar junior apabila melibatkan diri dalam projek akhir tersebut seperti mempelajari aspek pengurusan, lakonan dan sebagainya.
 DISEDIAKAN OLEH: Mohamad Fakhrie Bin Ismail -BC12110089-
 

AKTIVITI DI LUAR KAMPUS DAPAT MENGERATKAN HUBUNGAN PELAJAR DENGAN MASYARAKAT



Sesuatu perkara yang melibatkan kerjasama bukan sahaja dapat dilakukan di dalam kampus, malah ia juga dapat dilakukan di luar daripada kawasan UMS untuk membantu masyarakat yang memerlukan bantuan dari golongan muda seperti pelajar. Setiap aktiviti yang dilakukan bukan sahaja untuk mengeratkan hubungan antara pelajar, malah ianya juga perlu dilakukan untuk mengeratkan lagi hubungan dengan masysrakat luar supaya dapat melatih pelajar cara bergaul dengan masyrakat walaupun di mana sahaja mereka berada.
Contoh aktiviti yang pernah dilakukan oleh pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) di luar kampus adalah mengadakan gotong royong kawasan masjid di Kampong Delima, Kota Kinabalu, Sabah. Aktiviti ini dijalankan oleh persatuan kokurikulum pengurusan masjid dan jenazah UMS bersama dengan penduduk kampong tersebut. Tujuan kegiatan ini dilakukan untuk membantu masyarakat luar dalam menjaga kebersihan kawasan persekitaran di masjid tersebut.
          Ini merupakan langkah awal bagi pelajar dalam mengendalikan sesuatu kerja untuk membantu masyarakat luar supaya mereka dapat memperolehi pengalaman sebelum berada dalam alam pekerjaan yang lebih mencabar setelah tamat pengajian nanti.

DISEDIAKAN OLEH: Mohamad Fakhrie Bin Ismail -BC12110089-

Saturday, 11 January 2014

KES TEMBAKAN DI KOTA KINABALU

Kota Kinabalu cemas kejadian tembakan di lebih 20 Lokasi!

KOTA KINABALU: Kejadian tembakan misteri yang berlaku awal pagi Sabtu mencetuskan kebimbangan kepada penduduk di sini selepas lebih daripada 20 tempat telah menjadi sasaran.Cermin tingkap dan pintu kaca hotel, pusat beli-belah, bank dan restoran makanan segera dipenuhi kesan lubang peluru tunggal, malah ada yang hancur berkecai akibat ditembak oleh individu yang tidak diketahui dalam kejadian antara tengah malam Jumaat dan pukul 1 pagi sabtu.

Tiada laporan kecederaan diterima setakat ini.Polis masih belum membuat kenyataan rasmi berhubung kejadian itu yang kini telah tersebar di media sosial.Mereka belum lagi mengenal pasti mereka yang terlibat tetapi pegawai keselamatan tidak menolak individu yang tidak puas hati atau mungkin kumpulan kongsi gelap terlibat dalam tembakan itu.Kecurigaan timbul apabila senjata jenis 'Air Rifle' telah digunakan dalam tembakan itu.

NURUL HAFIZAI BT MAHAZER
BC 12160222

TAMU GADANG KE-15

Kesesakkan lalu lintas di UMS sempena Tamu Gadang dan Hari Konvokesyen ke-15

22 november 2013,kesesakkan lalu lintas yang sangat teruk telah berlaku di dalam kawasan Univesiti Malaysia Sabah berikutan dengan hari Konvokesyen dan juga berlangsungnya Tamu Gadang yang ke 15.
          Hal ini telah membuktikan bahawa sambutan kali ini telah menarik minat pelbagai jenis lapisan masyarakat untuk mengunjungi tamu gadang pada kali ini. Pelbagai jenis gerai telah di buka sempena tamu gadang ke-15 ini.
Tapak tamu gadang telah diubah dari depan Dewan Canselor ke padang kawad berhadapan kampung E. Tapak kali ini luas dan membolehkan para pengunjung lebih selesa membeli dan memcari barang sempena konvokesyen nanti.








NURUL HAFIZAI BT MAHAZER
BC 12160222

GRAND RESITAL 2013

GRAND RESITAL 2013

4 Disember 2013,telah berlangsungnya grand resital dengan jayanya di Dewan Resital Sekolah Pengajian Seni Univesiti Malaysia Sabah,Grand Resital merupakan acara wajib pada setiap tahun bagi pelajar tahunn 2 Sekolah Pengajian Seni.Grand Resital pada kali ini bertemakan retro.
Pelbagai persembahan yang menarik telah di sajikan di dalam Grand Resital tersebut dengan gimik yang begitu menarik telah di pertontonkan di dalam persembahan pada malam itu, antara persembahan yang ada pada malam itu ialah tarian retro tahun dua fokus tari,persembahan Big Band,fashion show,persembahan pentomin “zombie” tahun 1,monodrama, persembahan choir, persembahan sajak, dan persembahan Orchestra pelajar muzik.
          Sesungguhnya Sekolah Pengajian Seni mempunyai pelbagai aktiviti yang menarik pada setiap sem, sekolah ini mempunyai ramai pelajar yang berbakat besar dari segi seni lakonan,muzik,tarian, dan juga seni penulisan,sekolah seni boleh dikatakan sekolah paling sibuk di Universiti Malaysia Sabah kerana pada hari minggu juga ada sesetengah pelajar terpaksa menjalani latihan dan sebagainya.

          Grand Resital kali ini telah menggunakan tema retro iaitu zaman 60 70 an, ini dapat mengembalikan kita ke zaman dahulu,walaupun kita tidak merasa sekurangnya apa yang berlaku dahulu dapat dirase semasa grand resital kali ini kerana mengenakan pakaian jenis retro,persembahan dan lagu juga retro.

NURUL HAFIZAI BT MAHAZER
BC 12160222

SEMBANG BUKU jom ke DBP

Program ‘Sembang Buku’ Jom Ke DBP



Kota kinabalu, 15 december 2013 – Dewan Bahasa Dan Pustaka telah menganjurkan satu program “Sembang Buku” Jom Ke DBP. Program ini telah diadakan di Taman Chong Thein Vun. Dewan Bahasa dan Pustaka telah menjalankan kerjasama yang baik dari pihak Kelab Sastera Mahasiswa (KARMA), Sekolah Pengajian Seni, Universiti Malaysia Sabah. Program ini turut dihadiri oleh pengarah Dewan Bahasa Dan Pustaka, Tuan Jamaluddin Bin Mohd. Sulong dan penyelaras kelab KARMA Encik Lokman Bin Abdul Samad. Hal ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan kerjasama antara warga Dewan Bahasa dan Pustaka dengan ahli Kelab Sastera Mahasiswa (KARMA).

Program ini diadakan untuk mengangkat martabat Bahasa kebangsaan yang kian pupus dalam kalangan masyarakat marcapada ini. Disamping bertujuan untuk menarik minat generasi kini khususnya golongan remaja untuk memupuk minat membaca. Selain itu, program ini juga telah memberikan peluang kepada pihak DBP sendiri untuk memperkenalkan buku-buku terbitan DPB yang terkini kepada pengunjung yang hadir.
Sesuai dengan tajuk program “Sembang Buku”, program ini telah mengadakan acara sembang buku terbitan terbaru oleh DBP pada tahun 2013. Acara sembang buku ini telah di kelolakan oleh 2 orang pelajar penulisan tahun 2 iaitu Hazwan Bin Abu Seman dengan buku “Tibabar Benteng Terakhir Panglima Mat Salleh” dan Ar-Rahim Bin Abu dengan buku “Melorek Kasih”.


Disamping membicarakan tentang buku, program ini juga telah dimeriahkan lagi dengan deklamasi sajak yang dipersembahkan oleh Mashor dan Hazwan. Dan mereka juga telah mengadakan skeatsa bersajak.Apa yang menjadi tarikan minat penonton adalah tatkala Nurul Ain binti Kassim, pelajar penulisan tahun 2, mendendangkan lagu “Bukan Kerna Nama” dan nyayian lagu “Darah Muda” oleh Mashor Bin Awang Long, yang mana dapat membangkitkan lagi semangat siswa siswi dan penonton yang hadir akan tanggungjawap dalam memartabatkan nilai bahasa dan semangat membaca dalam kalangan masyarakat pada masa sekarang. Program ini telah memberi banyak manfaat dan pelbagai pengajaran dapat diperolehi.

          NURUL HAFIZAI BT MAHAZER
       BC 12160222