SUASANA PESTA TANGLUNG DI UMS
Universiti
Malaysia Sabah, 19 Oktober 2013. Pesta Tanglung, juga di kenali sebagai
Perayaan Pertengahan Musim Luruh dan Perayaan Kuih Bulan, secara tradisinya
pesta ini menandakan berakhirnya musim menuai.
Suasana Pesta Tanglung di Universiti Malaysia Sabah dihiasi dengan
berwarna warni dengan ribuan tanglung yang dinyalakan, sementara pelbagai
aktiviti lain yang telah menambahkan kemeriahan suasana perayaan ini. Hal ini kerana pesta ini
diiringi dengan persembahan seperti tarian Tanglung, tarian bayang-bayang (Moon
Light Shadow), tarian naga dan tarian singa, tarian kipas dan banyak lagi.
Pesta Tanglung ini telah menarik perhatian pelajar yang bukan berbangsa Cina
untuk melihat sendiri suasana pesta ini yang dihiasi dengan lampu, muzik,
tarian dan sebagainya. Dengan ini telah menimbulkan pengalaman yang baru dalam
kalangan orang ramai yang tidak pernah melihat Pesta Tanglung.
Disediakan oleh,
Norazah Binti Fauzi (BC12110103)
No comments:
Post a Comment