UniversitI Malaysia Sabah (UMS), 15 Oktober 2013 – Perayaan
Aidiladha disambut beramai-ramai oleh pelajar-pelajar yang tidak pulang ke
kampung halaman. Kebanyakan daripada mereka merupakan pelajar Semenanjung yang
datang untuk belajar di Sabah. Pada waktu pagi, Masjid Universiti Malaysia
Sabah dikunjungi oleh para pelajar dan juga orang yang berada luar UMS untuk
menunaikan Solat Sunat Aidiladha bersama-sama kawan mereka. Perasaan yang amat
sayu dapat dilihat dari pandangan mata semua pelajar terutamanya yang berasal
dari Semenanjung. Suasana di masjid ketika itu sangat sesak dan riuh-rendah
dengan kedengaran suara para pelajar apabila bertemu dengan kawan masing-masing.
Ada di antara mereka yang menangis kerana sedih tidak dapat pulang beraya bersama
keluarga. Begitu sukar untuk ditafsirkan perasaan mereka pada ketika itu. Setelah
selesai Solat Sunat Aidiladha, ramai di antara mereka melakarkan kenangan di
masjid dengan mengambil gambar untuk dijadikan sebagai memori buat mereka yang
beraya di perantauan tanpa keluarga. Kesayuan hati dapat ditutupi dengan
senyuman dan gelak tawa bersama kawan-kawan yang pandai menghibur hati. Lakaran
kehidupan yang mereka alami di UMS sebagai seorang pelajar akan sentiasa mereka
ingat sampai hari tuanya nanti.
Disediakan oleh : Nurul Ain Binti Kasim (BC12110126)
No comments:
Post a Comment