This Best Song

Monday, 16 December 2013

KEDINGINAN HATI INI

Hembusan pagi menghirup udara,
Dikala embun menjentik telinga,
Betapa sukar miniti hidup,
Dikala rindu menusuk kalbu.

Kian hari ku rasa sayu,
Mengapa sukar ku hapus minda,
Hantaran cinta antara perjuangan,
Nescaya hati sentiasa debaran.

Cahaya indra memancar pagi,
Raut rupawan melekat dihati,
Rasa sukar dibendung kecewa,
Ingatan cahaya terus melekat.

Minda suci hati bersih,
Setiap keluaran dianggap kasih,
Siapa sangka hati dihiris,
Cuma dipendam dalam hati.

nor azah binti fauzi
bc12110103

MALAM APRESIASI SENI

11 DESEMBER 2013. Malam Apresiasi Seni yang bertempat di Theatreetre Ahmad Nisfu adalah malam pelajar daripada bidang Seni Kreatif menampilkan persembahan. Dimana malam ini semua pelajar dua Penulisan Kreatif 2013 menunjukkan bakat yang selama ini terpendam. Demikian kerana Malam Apresiasi Naskah adalah projek akhir bagi kursus Apresiasi Seni yang mana semua pelajar wajib terlibat. Malam ini juga akan menampilkan 6 kumpulan yang mana setiap kumpulan wajib membuat persembahan dan setiap kumpulan akan menunjukkan kelainan masing-masing. Malam Apresiasi Naskah ini adalah skrip persembahan adalah hasil karya daripada pelajar sendiri. Terdapat juga juri yang akan menilai persembahan pelajar ini iaitu Encik Lokman Abd Samad dan Encik Shahrifuddin Zainal. Hasil daripada 6 kumpulan telah menampilkan lakonan dengan bersajak, syair, pantun, sketsa, nyanyian dan sebagainya. Melalui lakonan yang dilakukan terdapat juga unsur humor dalam lakonan dan dapat menarik minat penonton dan membuat penonton geli hati. Terdapat juga pelajar yang selama ini tidak pernah bersajak dan bersyair telah menunjukkan bakat terpendam mereka. Ini dapat membuktikan bahawa seni bukan hanya untuk hiburan semata-mata terdapat banyak manfaat dan kelebihanya dimana masyarakat diluar sana hanya seni ini haram. Oleh itu, pelajar seni perlu menunjukan bakat dan membuktikan bahawa tanggapan “seni itu haram” adalah salah.

 nor azah binti fauzi 
bc12110103

Thursday, 12 December 2013

Fikirlah Wahai Manusia



Manusia,
Di mana sikap baikmu itu,
Di mana belas kasihmu itu,
Di mana akalmu itu,
Di mana hatimu itu,

Akal,
Pernahkah kau berfikir,
Pernahkah kau terfikir,
Pernahkah kau memikir,
Pernahkah kau difikir,

Ingatlah wahai manusia duniawi,
Akal yang diberi oleh Tuhan,
Akal yang diciptakan oleh Tuhan,
Adalah untuk kamu berfikir,
Berfikir secara matang,
Kerana ia akan mematangkan lagi dirimu.

   Nukilan : “Sepi Hati” (Nurul Ain Binti Kasim)

Tuesday, 3 December 2013

SAJAK: Untuk Semua Bergelar SAHABAT



Sahabat,
Biar kita saling memaafkan,
Bila hati sering dilukakan,
Usah kita saling bermusuhan,
Tika dibelenggu ketidakpuasan,

Kau sahabatku,
Jangan kita sering melukakan,
Ketika berlalu sesuatu kekusutan,
Jangan kita sering memulaukan,
Ketika kesilapan datang bertandang dalam kehidupan,

Ku titip kata-kata sebagai perleraian,
Untuk merungkai masalah yang mengelirukan,
Ku pohon seribu tangkai kemaafan,
Untuk menghapus khilaf yang pernah ku wujudkan,

Engkau tetap dianggap sahabat,
Sahabat yang sering menjadi pengubat,
Sahabat yang sering menjadi pengikat,
Supaya utuh agar menjadi erat.
  
NUKILAN:NURUL AIN BINTI KASIM (BC12110126)
SEKOLAH PENGAJIAN SENI (PENULISAN)