11 DESEMBER 2013. Malam Apresiasi Seni yang bertempat di
Theatreetre Ahmad Nisfu adalah malam pelajar daripada bidang Seni Kreatif
menampilkan persembahan. Dimana malam ini semua pelajar dua Penulisan Kreatif
2013 menunjukkan bakat yang selama ini terpendam. Demikian kerana Malam
Apresiasi Naskah adalah projek akhir bagi kursus Apresiasi Seni yang mana semua
pelajar wajib terlibat. Malam ini juga akan menampilkan 6 kumpulan yang mana
setiap kumpulan wajib membuat persembahan dan setiap kumpulan akan menunjukkan
kelainan masing-masing. Malam Apresiasi Naskah ini adalah skrip persembahan
adalah hasil karya daripada pelajar sendiri. Terdapat juga juri yang akan
menilai persembahan pelajar ini iaitu Encik Lokman Abd Samad dan Encik
Shahrifuddin Zainal. Hasil daripada 6 kumpulan telah menampilkan lakonan dengan
bersajak, syair, pantun, sketsa, nyanyian dan sebagainya. Melalui lakonan yang
dilakukan terdapat juga unsur humor dalam lakonan dan dapat menarik minat
penonton dan membuat penonton geli hati. Terdapat juga pelajar yang selama ini
tidak pernah bersajak dan bersyair telah menunjukkan bakat terpendam mereka.
Ini dapat membuktikan bahawa seni bukan hanya untuk hiburan semata-mata
terdapat banyak manfaat dan kelebihanya dimana masyarakat diluar sana hanya
seni ini haram. Oleh itu, pelajar seni perlu menunjukan bakat dan membuktikan
bahawa tanggapan “seni itu haram” adalah salah.
nor azah binti fauzi
bc12110103
No comments:
Post a Comment