Universiti Malaysia Sabah- Disamping
mencari ilmu di Universiti Malaysia Sabah, mahasiswa juga turut melakukan aktiviti
perniagaan sambilan. Tujuan melakukan aktiviti perniagaan sambilan adalah untuk
memperolehi pendapatan supaya dapat meningkatkan jumlah simpanan yang ada.
Pendapatan yang diperolehi ini dapat meringankan beban mereka supaya tidak
terlalu bergantung sepenuhnya terhadap wang pinjaman yang
diperolehi.
Di Universiti Malaysia Sabah ini kita
dapat lihat berapa ramai pelajar yang melakukan aktiviti perniagaan sambilan
seperti menjual makanan dan sebagainya. Mereka juga bijak mengatur masa di
antara kuliah dan perniagaan yang dilakukan tersebut. Sememangya aktiviti yang
dilakukan tersebut banyak memberi manfaat kepada mereka selain memperolehi
pendapatan.
Para pelajar yang melakukan aktiviti
perniagaan sambilan telah menunjukkan mereka mampu berdikari sendiri dan dapat
meringankan tanggungan daripada keluarga. Mereka juga dapat melatih diri dalam bidang
perniagaan walaupun perniagaan yang dilakukan hanya secara kecil-kecilan tetapiperkara
sebegini amat berguna kepada diri mereka sendiri.
Disediakan Oleh: Muhamad Fakhrie Bin Ismail (BC12110089)
No comments:
Post a Comment