This Best Song

Tuesday, 26 November 2013

SPS Dialog Orang Seni 'haruskah seni' Merungkai 1001 Persoalan

Kota kinabalu- Jumaat,22 November 2013-bertempat di Theaterette Ahmad Nisfu,Sekolah Pengajian Seni Ums Kampus Kota Kinabalu,telah berlangsungnya dialog orang seni atau DOS,DOS merupakan hasil usahasama pelajar tahun 2 jurusan penulisan dengan Kelab Sastera Mahasiswa Sekolah Pengajian Seni atau lebih dikenali sebagai Kelab KARMA.

Antara ahli panel yang telah dijemput semasa majlis DOS ialah Tuan Haji Samin Bin Ongki dari YADIM dan Prof.Madya.Dr.Suwaid Tapah dari UITM,tidak lupa juga Moderator kita En.Sharifuddin Zainal salah seorang pensyarah dari Sekolah Pengajian Seni.

Majlis DOS merupakan majlis ilmu yang berlangsung dengan jayanya dan mendapat sambutan yang begitu hangat sekali dalam kalangan pelajar sekolah seni khususnya sampaikan kerusi yang disediakan tidak mencukupi,menyebabkan ahli panel memuji di atas sambutan yang diberikan dan mengucapkan taniah kepada yang terlibat menjayakan majlis ilmu tersebut.

Dalam majlis ini pelbagai persoalan diunsurkan dalam kalangan pelajar sekolah seni salah satunya adalah ‘adakah seni itu haram’bagi menjawab persoalan ini Tuan haji Samin menjelaskan manusia tidak boleh mengatakan ‘seni itu haram’kerana seni adalah kehidupan seharian sebagai contohnya di sini membaca ayat suci Al-Quran jika tidak ada seni maka pembacaannya tidak akan menepati cara ajaran islam.

Menurut pelajar seni,apakah hukuman orang yang mengatakan seni itu haram,Prof.Madya Dr.Suwaid Tapah membidas persoalan ini dengan menjawab apakah hak mereka untuk menghukum orang seni kerana hokum-hakam hanya hak Tuhan semata-mata bukannya hak manusia seperti mereka yang mengatakan seni itu haram.

Seterusnya,pelajar juga mempersoalkan jika dari sekolah seni bantuan zakat dari Sabah tidak boleh dipohon berikutan dia dari sekolah seni,salah seorang pekerja dari Baitulmal Sabah memberitahu pelajar berkenaan anda tidak boleh memohon bantuan tersebut kerana kamu dari sekolah seni kerana ‘seni itu haram’,jadi di sini siapakah dia untuk mengatakan sedemikian dan menghukum pelajar terbabit.

Seni tidak haram dan salah kecuali orang yang membuatkannya menjadi haram dan salah sebenarnya,dalam majlis DOS itu ditegaskan oleh ahli panel jemputan Tuan Haji Samin dan juga Prof.Madya Dr. Suwaid Tapah,seni telah lama hidup dalam diri manusia dan merupakan sebuah kehidupan seharian,hanya orang seni yang betul-betul memahami apakah itu seni walaupun ada sesetengah individu yang tidak mengerti apa itu seni membidas keras dengan menyatakan ‘seni itu haram’ ini akan menjatuhkan dirinya sendiri kelak berikutan kenyataan yang tidak masuk akal .
 
 
Disediakan oleh: Nurul Hafizai Binti Mahazer (BC12160222)

No comments:

Post a Comment