This Best Song

Saturday, 11 January 2014

SEMBANG BUKU jom ke DBP

Program ‘Sembang Buku’ Jom Ke DBP



Kota kinabalu, 15 december 2013 – Dewan Bahasa Dan Pustaka telah menganjurkan satu program “Sembang Buku” Jom Ke DBP. Program ini telah diadakan di Taman Chong Thein Vun. Dewan Bahasa dan Pustaka telah menjalankan kerjasama yang baik dari pihak Kelab Sastera Mahasiswa (KARMA), Sekolah Pengajian Seni, Universiti Malaysia Sabah. Program ini turut dihadiri oleh pengarah Dewan Bahasa Dan Pustaka, Tuan Jamaluddin Bin Mohd. Sulong dan penyelaras kelab KARMA Encik Lokman Bin Abdul Samad. Hal ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan kerjasama antara warga Dewan Bahasa dan Pustaka dengan ahli Kelab Sastera Mahasiswa (KARMA).

Program ini diadakan untuk mengangkat martabat Bahasa kebangsaan yang kian pupus dalam kalangan masyarakat marcapada ini. Disamping bertujuan untuk menarik minat generasi kini khususnya golongan remaja untuk memupuk minat membaca. Selain itu, program ini juga telah memberikan peluang kepada pihak DBP sendiri untuk memperkenalkan buku-buku terbitan DPB yang terkini kepada pengunjung yang hadir.
Sesuai dengan tajuk program “Sembang Buku”, program ini telah mengadakan acara sembang buku terbitan terbaru oleh DBP pada tahun 2013. Acara sembang buku ini telah di kelolakan oleh 2 orang pelajar penulisan tahun 2 iaitu Hazwan Bin Abu Seman dengan buku “Tibabar Benteng Terakhir Panglima Mat Salleh” dan Ar-Rahim Bin Abu dengan buku “Melorek Kasih”.


Disamping membicarakan tentang buku, program ini juga telah dimeriahkan lagi dengan deklamasi sajak yang dipersembahkan oleh Mashor dan Hazwan. Dan mereka juga telah mengadakan skeatsa bersajak.Apa yang menjadi tarikan minat penonton adalah tatkala Nurul Ain binti Kassim, pelajar penulisan tahun 2, mendendangkan lagu “Bukan Kerna Nama” dan nyayian lagu “Darah Muda” oleh Mashor Bin Awang Long, yang mana dapat membangkitkan lagi semangat siswa siswi dan penonton yang hadir akan tanggungjawap dalam memartabatkan nilai bahasa dan semangat membaca dalam kalangan masyarakat pada masa sekarang. Program ini telah memberi banyak manfaat dan pelbagai pengajaran dapat diperolehi.

          NURUL HAFIZAI BT MAHAZER
       BC 12160222

No comments:

Post a Comment