Jika waktu itu hilang tanpa kau sedari,
Bagaimana untuk kau meneruskannya,
Jika semua sudah gelap tanpa cahaya
untuk disinari,
Bagaimanakah kau muncul meneranginya,
Hidup penuh dengan onak duri,
Semua diharungi dengan ketabahan
sekeping hati,
Meniti kehidupan sehari-hari,
Cuma dengan ketulusan sang manusia
kendiri,
Bila waktu telah memanggil,
Ku sujud hanya pada Ilahi,
Bila semua hilang dan pergi,
Seluruh tubuh terasa menggigil
Kerana ajal sudah menjemput untuk ku
kembali.
Kenikmatan dunia ku rasai,
Walau hanya waktu yang sementara ini,
Ku syukuri anugerah Ilahi,
Memberi peluang untuk aku mengenali,
Kehidupan bersama insan-insan lain di
bumi ini.
By_Nurul Ain Binti Kasim (BC12110126)
No comments:
Post a Comment