This Best Song

Thursday, 9 January 2014

SENAM SIHAT SEMPENA MAULIDUL RASUL (1435H)

Universiti Malaysia Sabah, 5 januari 2014. Program Senam Sihat Sempena Maulidul Rasul dengan kerjasama kelab YADIM Sabah adalah program untuk senaman dan rehat-rehatkan minda dan fizikal. Dengan ini semua pelajar UMS dijemput untuk memenuhi program ini yang diisikan dengan senaman, cabutan bertuah, t-shirt percuma dan motivasi mengenai amalan dan cara hidup Rasulullah S.A.W.  Turut serta dalam senam sihat sempena maulidul rasul ini ialah Timbalan Naik Censelor UMS, Timbalan Ketua Menteri Sabah, Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan ramai lagi.
Motivasi mengenai amalan dan cara hidup Rasulullah S.A.W perlu diterapkan dalam kehidupan masyarakat tidak kira pelajar atau tidak. Hal ini demikian kerana dalam kehidupan kita ini  memerlukan senamam setiap hari supaya tubuh badan kita sihat dari segi fizikal dan mental. Amalan dan cara hidup Rasul S.A.W suka berjalan kaki dan menunggang kuda. Demikian kerana apabila menunggang kuda semua tubuh badan kita berfungsi dan pengaliran darah yang lancar. Amalan ini sesuai diamalkan oleh seorang pelajar kerana pengaliran darah yang baik dapat menghasilkan minda yang cergas.
Disamping itu, program ini diakhiri dengan cabutan bertuah daripada Bank Muamalat yang menggalakkan pelajar untuk membuka akaun Tabung Haji dengan kadar terendah RM 5 ringgit.

nor azah binti fauzi
bc12110103


No comments:

Post a Comment