This Best Song

Thursday, 9 January 2014

DETIK-DETIK HARI PEPERIKRAAN AKHIR SEMESTER

Universiti Malaysia Sabah. 30 Disember 2013. Setelah sekian lama berperang dengan tugasan dan kuliah hari ini merupakan detik tibanya hari peperiksaan akhir semester bagi sesi 2013/2014. Selama seminggu kami diberi masa untuk mengulang kaji dan tiba hari peperiksaan dengan semua persiapan yang kami belajar selama semester ini.
Kelihatan semua mahasiswa berpakaian kemas dengan formal untuk memasuki dewan peperiksaan dengan persiapan slip peperiksaan, alat tulis untuk berperang dengan soalan peperiksan. Hari ini menentukan yang selama ini kami belajar dan fokus dalam kuliah yang diajar oleh pensyarah. Dengan pelbagai perasaan yang datang untuk menjawab soalan yang akan ditanya semua pelajar dengan reaksi berdebar dan tekanan yang dialami serta ada yang tidak mempunyai perasaan apa-apa untuk menduduki peperiksaan. Hidup sebagai mahasiswa tidak boleh lari daripada menduduki peperiksaan.

Diawal hari peperiksaan pelbagai perwatakan dan kerenah yang ditunjukkan oleh siswa/siswi, ada yang lupa untuk membawa slip peperiksaan dan ada juga yang tidak berpakaian formal serta lupa untuk membawa kad matrik. 

nor azah binti fauzi
bc12110103

No comments:

Post a Comment