Penilaian akhir untukpelajar tahun 3 dalam major teater akan
diadakan pada semester akan datang, tetapi persiapan awal sudah mula dilakukan oleh
pelajar tahun akhir pada semester ini lagi. Ini merupakan langkah awal untuk memastikan
projek akhir mereka dapat dilakukan dengan
jayanya. Mereka akan dinilai berdasarkan persembahan teater yang akan diadakan nanti.
Penilaian bukan sahaja dibuat berdasarkan lakonan, malah dari aspek pengurusan juga
akan diberi tumpuan oleh setiap pensyarah yang menilai.
Setiap pengarah produksi teater sudah mula memikirkan tentang
persembahan yang akan dibuat. Pengarah merupakan orang yang memainkan peranan penting
dalam menjalankan sesebuah persembahan teater kerana Skrip dan tema persembahan
di sediakan oleh pengarah.
Peluang juga turut dibuka oleh pelajar tahun akhir kepada
pelajar junior untuk terlibat dalam projek akhir mereka dengan mengadakan sesi ujibakat
untuk memilih para pelakon dan juga bahagian pengurusan seperti teknikal dan sebagainya.
Pelajar junior yang terpilih dalam sesi ujibakat tersebut akan dapat membantu pelajar
tahun 3 dalam menjalankan projek ahkir itu nanti. Pelbagai ilmu dan pengalaman akan
dapat dipelajari oleh pelajar junior apabila melibatkan diri dalam projek akhir
tersebut seperti mempelajari aspek pengurusan, lakonan dan sebagainya.
DISEDIAKAN OLEH: Mohamad Fakhrie Bin Ismail -BC12110089-
No comments:
Post a Comment