Biar apapun jenama minuman
berkarbonat, secara umumnya adalah untuk minuman berkarbonat adalah mengandungi
banyak gula. Kebiasaannya, soal kesihatan dan juga aspek pemakanan sering
ditolak ketepi dan dipinggirkan untuk seketika pada musim perayaan. Meskipun
mengetahui tentang minuman berkarbonat adalah tinggi kandungan gulanya.
Kebanyakan daripada kita seringkali menghidangkannya kepada ahli keluarga dan
juga tetamu tanpa ada rasa bersalah.
Masyarakat kini terlalu cepat tertarik
dengan iklan-iklan yang menceritakan mengenai “keasyikan” menikmati minuman
ringan dan berkarbonat. Minuman ringan dan berkarbonat amat nikmat rasanya dan memang
sukar untuk dilawan. Malah, lebih membimbangkan lagi, minuman berkarbonat juga
menjadi antara daya penarik yang utama di kantin sekolah, termasuk sekolah
rendah dan juga di IPT.
Antara sedar atau tidak sedar,
kanak-kanak akan menjadi mangsa kerana kealphaan kita. Kanak-kanak adalah
antara salah satu golongan yang paling suka minum minuman berkarbonat
sehinggakan kadangkala ada kanak-kanak yang langsung menolak apabila diberikan
air kosong. Jika mereka minum air kosong pun cuma seteguk dua, itupun selepas
dipaksa untuk minum.
Kajian mendapati bahawa pengambilan
minuman ringan dan berkarbonat yang berlebihan akan menyumbang kepada masalah
kesihatan, terutamanya berat badan yang berlebihan dan obesiti. Minuman
berkarbonat sebenarnya tidak mengandungi zat, tetapi banyak kalori yang datang
daripada gula. Banyak bukti saintifik menunjukkan ia ada kaitan langsung dengan
pertambahan berat badan.
Antara satu faktor risiko kepada penyakit kencing manis di kalangan orang dewasa muda ialah melalui masalah pertambahan berat badan. Pertambahan berat badan ini adalah proses yang sentiasa berlaku sebagaimana peningkatan usia. Dua faktor ini digabung dan juga gabungan ini mendedahkan seseorang kepada risiko serangan jantung dan strok.
Antara satu faktor risiko kepada penyakit kencing manis di kalangan orang dewasa muda ialah melalui masalah pertambahan berat badan. Pertambahan berat badan ini adalah proses yang sentiasa berlaku sebagaimana peningkatan usia. Dua faktor ini digabung dan juga gabungan ini mendedahkan seseorang kepada risiko serangan jantung dan strok.
Disediakan oleh: Nurul Ain Binti Kasim
NO.Matrik: BC12110126


No comments:
Post a Comment