“QiratLaksamana” merupakan kumpulan dikir barat
yang ditubuhkan di dalam UMS. Kumpulan dikir barat ini terdiri daripada pelajar-pelajar
UMS sendiri dan kumpulan ini diberi nama “Qiratlaksamana”.
Tujuan kumpulan dikir barat ini di tubuhkan adalah untuk memartabatkan lagi seni warisan
yang berasal dari negeri Kelantan supaya tidak hilang dimata generasi muda yang
berasal dari negeri tersebut yang kini belajar di UMS.
“Qiratlaksamana”
telah bergiat aktif di dalam mahupun diluar kampus UMS. Kumpulan ini telah banyak menerima jemputan untuk membuat persembahan dalam pelbagai
program yang diadakan oleh pihak UMS sama ada di dalam mahupun di luar kampus UMS
termasuklah program yang dirasmikan olehTimbalan Naib Canselor sendiri.
Persembahan nyanyian dikir barat mempunyai mesej-mesej tertentu untuk disampaikan kepada pendengar. Pelbagai motivasi
yang
disampaikan melalui lagu disamping menghiburkan penonton. Ini juga merupakan salah satu seni
yang mampu memberi pendidikan kepada pelajar UMS disebalik hiburan.
Seni dikir barat
yang ditubuhkan di UMS ini bukan sahaja dibuka khas untuk pelajar yang
berasal dari negeri Kelantan, ianya juga boleh disertai oleh sesiapa sahaja yang
berminat termasuklah pelajar yang berasal di negeri sabah ini sendiri buktinya, di
dalam kumpulan dikir barat Qirat Laksamana juga turut mempunyai beberapa orang pelajar
yang berasal di negeri sabah kerana mereka berminat untuk mempelajari seni warisan negeri
Kelantan ini. Perkara seperti ini akan dapat mengeratkan lagi perpaduan di
kalangan pelajar UMS dengan cara berseni.
Seni warisan merupakan satu harta
yang diwarisi secara turun-temurun kepada generasi pada masa kini. Generasi mudah arus mempergiatkan seni warisan tidak kira dimana jua berada
agar ianya tidak hilang telan zaman.
Disediakan oleh : Muhamad Fakhrie Bin Ismail (BC12110089)
No comments:
Post a Comment