Disediakan oleh : Nurul Ain Binti Kasim (BC12110126)
Universiti Malaysia
Sabah - Wanita yang professional enggan berkahwin merupakan salah satu daripada
isu yang sering melanda kaum wanita. Di Institusi Pengajian Tinggi (IPT),
golongan wanita adalah paling ramai berbanding dengan lelaki dan implikasinya,
pasti lebih ramai wanita yang akan masuk ke sektor pekerjaan dan memegang
jawatan yang tinggi.
Di IPT, terutama di Universiti
Malaysia Sabah (UMS), ramai pelajar wanita jika dibandingkan dengan lelaki.
Pada peringkat ini, peratus wanita yang memasuki ke universiti menggambarkan
tiga kemungkinan iaitu dari tahap kerajinan wanita lebih daripada lelaki, tahap
kecerdikan wanita lebih daripada lelaki atau tahap sistem pembelajaran antara
wanita dengan lelaki tidak sama dari segi serius dalam pembelajaran.
Sememangnya, Tuhan ciptakan semua
manusia ialah sama dan bezanya adalah usaha manusia itu sendiri untuk menjadi
pandai atau bijak. Semua orang berupaya untuk menjadi pandai. Wanita
digambarkan sememangnya mampu bersabar sewaktu belajar. Golongan wanita lebih
kuat mengulangkaji, patuh perintah guru dan meluangkan masa dengan benda yang
berfaedah dan membawa kepada manfaat.
Lelaki mempunyai banyak masalah.
Mereka tidak suka terkurung di tempat yang tertutup. Sejak kecil lagi, lelaki
suka aktiviti lasak. Jarang sekali di kalangan lelaki duduk diam. Sifat
kebiasaan lelaki adalah suka bergurau sesama mereka dan suka mengusik pelajar
wanita sewaktu persekolahan mahupun di IPT.
Kesimpulannya, kita harus memikirkan
cara-cara untuk menguji tahap minda dan daya pemikiran lelaki berdasarkan
kepada fitrah diri mereka. Dapatkah kita memikirkan supaya pelajar lelaki dapat
menggerakkan tenaga fizikal mereka dan meningkatkan lagi tahap keupayaan mereka
dalam pembelajaran? “Pada diri wanita, ada kekuatannya dan pada diri lelaki ada
kehebatannya”. Renung-renungkanlah masa depan generasi muda kita sekarang.
No comments:
Post a Comment