BUDU merupakan
sejenis makan yang terkenal dalam kalangan masyarakat negeri Kelantan,budu juga
makanan yang mempunyai pelbagai khasiat,sekarang ini budu sudah menjadi makanan
bukan sahaja masyarakat Kelantan tetapi masyarakat lain juga menggemarkan budu,salah
satu ada sesetengah rakyat sabah yang menggemarkan budu.Budu
dihidangkan bersama ikan tawar, bawang, cili dan perah limau nipis, lebih ummmp
lagi campur dengan tempoyak durian. Kemudian cicah dengan ulam-ulaman seperti
petai, jering dan lain-lain. Pasti menyelerakan…
Budu siap untuk disajikan
Kalau dahulu kita dapati budu hanya
terdapat di negeri pantai timur sahaja. Tetapi sekarang budu sudah dikenali
seluruh Malaysia, malah di luar negara. Di mana-mana kita boleh mendapatkan
budu. Di Sabah dan Sarawak sekarang ni pun dah ada budu.Terdapat banyak
keistimewaan dan khasiat budu khususnya dari segi kesihatan. Mungkin tidak
ramai yang mengetahuinya. Budu dikatakan menyumbang kepada kecantikan dan awet
muda. Menurut Penyelidik Kanan Alam Sekitar dan Bioproses, Pusat Teknologi
Sirim, Hamidah Sidek, dalam kajian yang dilakukannya selama dua tahun bersama
10 penyelidik Sirim yang lain, makanan tradisional itu mampu mengekalkan wajah
muda seseorang.
Pelbagai
jenis budu
by:Nurul Hafizai Bt Mahazer (BC 12160222)
.jpg)
.jpg)
No comments:
Post a Comment