Disediakan Oleh: Nurul Ain Binti Kasim (BC12110126)
Kolej Kediaman Sri Angkasa, 2 Oktober 2013- Seorang pelajar
Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah mengambil sekeping gambar sewaktu berada
di atas bas ketika bas ingin menuju masuk ke dalam Kolej Kediaman Sri Angkasa. Dia
mengambil gambar suasana matahari terbenam. Keindahan yang dilihatnya telah
menarik minatnya untuk mengambil gambar di luar sana. Sebelum bas menyusur
masuk ke dalam Kolej Kediaman Sri Angkasa, dia sempat mengambil gambar
tersebut. Disitu dipenuhi dan dikelilingi oleh pokok-pokok kayu dan boleh
dikatakan semak-samun. Azan Maghrib berkumandang sewaktu menuruni bas dan
menuju ke biliknya. Dia berehat di dalam bilik sambil membuka telefonnya dan
melihat gambar yang diambilnya tadi semasa berada di dalam bas. Gambar yang
diambilnya tadi kelihatan aneh. Ini adalah gambar yang diambil oleh pelajar
perempuan tersebut.
Ramai yang tertanya-tanya mengenai gambar ini.
Apakah yang dapat anda semua andaikan tentang sekeping gambar yang dilampirkan
di atas? Ianya bukan gambar edit atau ambil dari laman internet, tetapi gambar
itu adalah asli.

No comments:
Post a Comment