This Best Song

Saturday, 2 November 2013

Siswa/Siswi ke Kita?

Universiti Malaysia Sabah, Kolej Sri Angkasa- 30 Oktober 2013, merupakan tarikh dimana calon-calon umum PRK membuat kempen di Kolej Kediaman yang terdiri daripada Kolej Sri Angkasa dan Indah Permai. Tempat yang pertama mereka datang berkempen ialah di Kolej Sri Angkasa. Pada pukul 7.30 malam, semua penghuni kolej tersebut diwajibkan turun bagi mendengar serba sedikit mengenai menifesto dan agenda yang ingin mereka bawakan dan perjuangkan untuk mahasisa/siswi Universiti Malaysia Sabah.

     Semasa agenda bermula, masih ramai lagi penghuni kolej tersebut tidak hadir dan turun untuk mendengar calon-calon menyampaikan menifestonya dan agenda yang dibawa. Suasana di kolej tersebut sangat bising dengan suara-suara penyokong dari Pro-Aspirasi dan Pro-Mahasiswa. Disini menjadi tanya-tanya apabila melihat keadaan di tempat mereka berkempen menjadi riuh-rendah sedemikian. Menjadi persoalan disini adalah dimana ada sesebuah pihak mengganggu kempen tersebut. Kenapa dikala calon Pro-Mahasiswa sedang bercakap dan menyatakan agenda dan menifestonya kepada siswa/siswi lain, ada pihak lain membuat bising? Adakah sikap ketidakpuasan hati di pihak lain itu terhadap calon Pro-Mahasiswa? Kenapa kita yang digelar sebagai Mahasiswa/Mahasiswi berkelakuan sedemikian? Tiada rasa hormat langsung apabila orang yang sedang bercakap, ada yang membuat gangguan. Sebagai contoh, mengetuk baldi dengan menggunakan botol sehinggakan pecah baldi tersebut kerana terlalu kuat mengetuk baldi tersebut. Perlukah kita Mahasiswa/Mahasiswi UMS berbuat sedemikian rupa sehingga tidak menghormati orang lain? Apakah mereka yang membuat bising itu tidak mempunyai akal yang bijak untuk berfikir tentang mana yang baik dan buruk patut dilakukan? Fikirlah wahai manusia yang diberi gelaran sebagai Mahasiswa/Mahasiswi.

Disediakan Oleh : Nurul Ain Binti Kasim (BC12110126)


No comments:

Post a Comment