This Best Song

Saturday, 16 November 2013

Kelainan Konvokesyen kali ke 15

16 November 2013. Hanya berapa hari sahaja lagi Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah ke-15. Penampilan konvokesyen Tamu Gadang 2013 kali ini menampakkan kelainan yang berbeza berbanding dengan tahun-tahun yang lepas. Banyak aktiviti yang akan diselitkan semasa konvokesyen kali ini dipenuhi dengan pelbagai pertandingan dan aktiviti yang menarik antaranya larian konvo, Free Style Football Student Got Talent, pertandingan gubahan bunga dan cupcakes, cycling UMS, pertandingan memancing dan banyak lagi.

Tidak lupa juga dengan penampilan istimewa dari artis ternama di Malaysia  seperti Lan Typewriter, Fiq Mentor, Haliza AF, Akim AF dan ramai lagi yang akan memeriahkan lagi Tamu Gadang kali ke 15.

Aktiviti yang dilakukan adalah untuk medekatkan atau merapatkan hubungan antara mahasiswa dan mahasiswi. Antara kelainan kali ini adalah dari segi tempat kerana sebelum ini Tamu Gadang dilakukan di Dataran Dewan Censelor tetapi kali ini dilakukan di Padang Kawad UMS iaitu pada 21 hingga 25 November 2013. Konvokesyen ini dilakukan untuk menyambut graduasi-graduasi UMS yang berjaya menamatkan pembelajaran di UMS. 

"nor azah binti fauzi 
bc12110103"

No comments:

Post a Comment