This Best Song

Monday, 4 November 2013

KRITIKAN SOSIAL OLEH PELAJAR UMS MELALUI PERSEMBAHAN 'TEATER'



Tujuan persembahan teater bukan sahaja untuk berhibur tetapi mempunyai unsur-unsur yang diselitkan tentang kritikan sosial yang berlaku dalam kehidupan masyrakat pada hari ini. Kritikan ini bukan untuk menyinggung perasaan pelajar UMS sendiri mahupun masyarakat luar, tetapi untuk menyedarkan sesiapa sahaja yang menonton disamping memberi pengajaran supaya mereka sedar tentang tingkahlaku masyarakat dalam kehidupan seharian.
     Isu-isu yang diselitkan dalam persembahan teater melambangkan tingkahlaku sosial masyarakat, terutamanya generasi muda. Generasi muda pada hari ini ramai yang terlibat dengan pergaulan bebas, gejala dadah dan sebagainya sehingga mereka menerima padah yang boleh merosakkan masa depan mereka.
      Cara kritikan sosial dalam persembahan teater yang dilakukan oleh pelajar UMS dimana merekame lakonkan semula tingkahlaku masyarakat dalam kehidupan seharian supaya penonton sedar bahawa ianya benar-benar berlaku di sekeliling kita tanpa kita sedari. Semoga apa yang dipersembahkan itu dijadikan sebagai pengajaran oleh penonton. Sesiapa sahaja yang menonton sama ada pelajar UMS sendiri mahupun masyakarakat luar harus sedar bahawa disebalik hiburan dalam persembahan teater ada juga pelbagai mesej yang berguna ingin disampaikan.
          Penonton juga harus faham bahawa setiap sindiran yang dilafazkan dalam persembahan teater bukanlah tujuan untuk menyinggung perasaan penonton, tetapi ianya merupakan komponen untuk menyedarkan penonton tentang tingkahlaku sosial masyarakat pada masa kini.

Disediakan oleh : Muhamad Fakhrie Bin Ismail (BC12110089)

No comments:

Post a Comment